Wednesday, 17 February 2016

Jalan-Jalan Teluk Pelanduk

Assalamualaikum..
6 February 2016
Lokasi: Teluk Pelanduk, Port Dickson.

Alkisahnya hari tu aku cuti. So Ain ajak aku temankan dia pergi ambil air laut untuk buat ubat Mama dia. So aku pun ikut la. Tempat yang menjadi pilihan, tak lain tak bukan adalah Teluk Pelanduk. Ni memang tempat feveret Geng 872 kalau datang PD.

Taraaa.. kat sini la kitorang amik..
Kat area batu2 yang ada pokok nan sebatang tu..
Air dah menuju ke air..
Bukti aku pun ada sekali..
Parking dulu..
Okey, semua sedia maklum, kita bukan boleh ambil harta laut suka2 hati je kan. So, Imam yang mengubat Mama Ain tu dah siap ajarkan caranya. Antaranya baca Al Fatihah dan Ayat Kursi. Lepas tu, niat dalam hati nak ambil air ni untuk buat ubat.
Disebabkan tak bawak gayung, terpaksa la cedok slow2 guna botol. Gilir2 buat.
Alhamdulillah.. Penuh satu tong..
Selesai.. Berat jugak la nak angkut sampai ke kereta.. huhuhu..

Dah selesai tujuan utama, kitorang pergi makan.. Tempat biasa kitorang makan..
Gerai tu dulu dari kayu sampai la sekarang dah naik jadi batu..
Pemandangan laut dari dalam kedai.
Port memancing..

So, kitorang pun order la. Air perisa buah-buahan..
Ain punya air sarsi..
Sementara tunggu makanan sampai, belek2 paper, jumpa cerita Si Kucing Jep dan Hamdan Karipuley.. Aku memang follow cerita diorang ni. I like..
Tak dapat jumpa yang betul, dalam paper pun jadi lah.. Hamdan Karipuley..
Dengan Jep pulak..

Tak lama lepas tu, Laksa pun sampai..
Dan juga Roti bakar yang bertindak sebagai penyelamat sebab laksa hari tu extra pedas la pulak.. hahaha..

Lepas makan, kitorang pun bergerak pulang. Harapnya Mama Ain kembali sihat la.. Semoga dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.. Amin..



Monday, 8 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Noor Arfa Batik

Assalamualaikum...
30 January 2016
Lokasi: Noor Arfa Batik Complex Craft

Ehem.. Selepas lama bertapa di Taman Tamadun Islam, kitorang bergerak ke tempat lain. Kitorang ke Muzium Negeri Terengganu. Tiket masuk RM5 seorang. Tapi, tak ada gambar kat situ sebab dalam muzium tak boleh tangkap gambar. Tapi dapat la kitorang tengok Batu Bersurat yang asli. 

Lepas tu, kitorang berkejar pulak ke Noor Arfa Batik.
Taraaa.. berjaya sampai. Rezeki kitorang sebab tempat ni belum tutup lagi. Dapat la kitorang tengok pekerjanya buat batik.
Tengah 'cop'
Yang dalam bekas tu ada lilin panas cair. Dia celup acuan tu dalam lilin lepas tu cop atas kain.
Yang ni tengah mewarna.
Ni pulak tengah tenun. Katanya ambil masa sebulan untuk siap. Fuh!

Lepas tu, kitorang masuk ke bahagian jualan. Kat situ ada jual macam2 produk batik. Harga pun macam2 ada.. huhu.. Tapi kitorang tak beli apa pun.

Kitorang menuju ke kiosk ni.
Haaaa.. kat sini kita boleh try mewarna batik dah juga melalui proses2 seterusnya.. hehehe..

Tapi disebabkan kitorang datang dah hujung2 waktu beroperasi, kitorang hanya boleh try yang mewarna sahaja. Bayarannya RM15 seorang.

Ni contoh yang pengunjung lain dah try.
Ni corak yang bakal ain warnakan..
Ni aku yang punya.. hahaha =)
Benda tu kain betul ye. Cuma saiz je kecik. Diorang dah siap cop dengan lilin. Sama macam yang betul.

Kitorang dibekalkan dengan ni
Dan juga ini.

Dari tiga warna basic ni, pandai2 la campur2 warna untuk dapatkan warna yang kita nak. Haha.. teringat time sekolah rendah dulu.. Pendidikan Seni.
Pekerja sini tengah tunjuk macam mana nak buat.
Ok, mari kita!!
Yeah... dah ada warna sikit.
 Terkial-kial la jugak. Bab nak campur2 warna tu agak mencabar.
Siap! Cantik tak?? Hahaha..
Ain dah lama dah siap. Aku baru nak siap.
Lepas dah siap, kain tu dikeringkan.
Aku punya dah siap.
Nanti nak frame kan, gantung kat dinding, kuang3.
Ni pulak Ain punya. Hehehe..

Kalau ikut proses yang sebenar, panjang lagi prosesnye. Kena rendam la, kena buang lilin tu la.. Macam2 lagi la. Kitorang dapat merasa mewarna ni pun dah cukup gumbira dah.
♡♡♡♡♡♡♡

Haaaa... Betapa padatnya aktiviti kitorang satu hari tu. Dari Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise, Muzium dan last sekali ke Noor Arfa Batik. Fuh!

Esoknya bertolak balik. Macam2 hal jugak la. Pagi2 lagi dah dapat saman parking. Saman kedua sepanjang di Terengganu. Dalam mengejar masa tu, kena pulak pergi bayar saman. Lepas tu, laju2 bertolak ke Menggabang Tapah, beli keropok lekor. Lepas tu terus ke airport, pulang kereta. Sampai masa nak berlepas, flight pulak delay. Dah naik flight, nak turun, tak turun2. Dok berpusing2 atas laut. Berdebar-debar hati ni. Tapi akhirnya selamat dah semuanya..

Maka, berakhirlah percutian di Terengganu. Alhamdulillah... =)


Sunday, 7 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Taman Tamadun Islam >> River Cruise

Assalamualaikum...
30 January 2016
Lokasi: Pulau Wan Man

Yeay! Selesai melawat Taman Monumen, kitorang teruja nak naik cruise pulak. Tapi, untuk naik cruise ni kena ada minimum 6 orang. Time kitorang beli tiket tu, tak cukup 6 orang. So kitorang diminta tinggalkan no fon. Bila dah ready, diorang akan call. Tapi sampai kitorang dah keluar dari Taman Monumen tu, tak ada sebarang call pun. So Ain pergi tanya kat diorang, rupanya belum cukup orang lagi. Makanya, kitorang decide untuk lunch dulu.
Taraaaa... Nasi Dagang.
Kenapa asyik makan Nasi Dagang? 
Sebabnya kitorang masih belum jumpa yang sedap. Tapi.... yang ni sedap!! Akhirnya... jumpa jugak.. hehehe.. 
Nasi Dagang + Nescafe Ais, lepas pakai meal voucher tu kena la RM7.00
Elok baru nak suap nasi, dapat call. Pukul 2.30pm dah boleh naik cruise. Ok la.. time tu baru 2.10pm macam tu. Sempat la makan.
Yeah.. Mari kita menyusuri sungai Terengganu..

Tunggu green light untuk naik cruise..
Tak lama lepas tu, kitorang dipanggil dan diberikan arahan supaya pakai life jacket.
Kat belakang tu cruise yang bakal kitorang naik.
Yang kat belakang Ain ni cruise pesen lain.
Sebelum bergerak..
Penumpang yang kononnya 6 orang minimum tu.. Akhirnya ada la dalam 10 orang macam tu.. hehehehe..
Ni co-pilot kita. Muka nampak serius tapi kelakar orangnya. Gambar pilot takde. hahaha..
Bergerak dari jeti
Kincir air ni boleh jugak dilihat dari dalam Taman Monumen..
Masa kat sini kitorang diberitahu semasa melalui kawasan ni kitorang akan berasa panas sikit. Tapi kejap lagi aircond akan dibuka, akan sejuk.
Salah satu jeti yang dilalui.
Time tengok bot ni, kitorang ditanya, kenapa kabin bot ni berwarna hijau? Aku tak jawab pun.. Sebab dalam kepala aku, ada satu jawapan tapi macam tak logik je. So, jawapannya, memang warna ni dah ditetapkan mengikut negeri. Kabin berwarna hijau bermaksud bot ni dari Negeri Terengganu. Lain negeri, lain warnanya. Oooooo.. Macam tu rupanya..
Masa kat sini pulak, angin best. Rupanya ni la aircond yang dimaksudkan. Ceh! Mati-mati aku percaya benda alah ni ada aircond. Hadoi!! Hahahah =)
Cak!!
Nampak tak kitorang?? Hahaha..
Walaupun monsun cup dah habis, still dapat tengok kapal layar..
Dah pusing2, last sekali cruise ni berhenti di depan Masjid Kristal. Time ni la kitorang diberitahu yang kristal tu berada keempat-empat menara di masjid tu. Lepas tu, bergerak kembali ke jeti.

Kesimpulannya, cruise ni best la. Sama sekali tak sama dengan cruise kat Melaka tu. Banyak benda kita boleh tengok... Thumbs up!