Sunday, 31 January 2016

Keluargaku Si Baby Januari

Assalamualaikum...
10 Januari 2016
Lokasi: IOI Putrajaya

Haaaa... Sweet kan tajuk cerita aku ni..
Sebagai pembuka tahun 2016, kita mulakan dengan kisah yang sweet ni. Hope kesweetannya berpanjangan sampai tahun-tahun seterusnya. 
Amin Ya Rabb..

Al kisahnya, kitorang sebagai anak-anak Pak Usop dan Cik Rahmah ni kesemuanya dilahirkan pada bulan Januari. Yang berbeza hanyalah hari dan tahun. Jadi, memandangkan diorang ada kat area sini, Abah aku mengajak kitorang semua jalan-jalan dan makan-makan sempena kelahiran kitorang semua. Hanya Jiji sekeluarga je yang tak dapat join sebab jauh.

Rombongan..

Iman & Naim
Amin
Amani
Menuju ke Magnum

Budak2 teruja



Cadangnya nak makan dulu lepas tu baru makan aiskrim. Tapi, budak2 ni dah tak boleh tahan dah. So, beli aiskrim dulu.
Tengok tu.. kemain lagi membelek..



Haaa... sila, sila makan.. Jangan malu2..
Ok, dah siap makan aiskrim, kita cari tempat makan. Kitorang sebulat suara bersetuju untuk makan di Fish Manhatan.

Sesi membelek menu..



Ok dah siap order.. Tunggu makanan sampai.. hehehe..
Mushroom Soup
Mashed Potato
Nasik.. Nasik.. Nasik.. 
♡♥♡♥♡♥

Our main dish.. Amikau.. Berapi.. hehe..
Kitorang order dua platter.
Ni platter pertama
Plater ke 2
Ikan dalam aluminium foil tu terbaiklah!

Masing2 makan dengan berselera..
Mak Abah pon okey je makan. Lulus la.
Ini lah hasilnya.. RM247.60..
Tong-tong bayar. Share terbesar adalah Cik Rahmah.. hahaha..
Tukang setel bill.

Kitorang tak amik segala lobster ke crab ke ataupun yang ekstreem.. Tu je pun tak larat nak menghabiskan..
Acecece..
Takut dengan lebah tu.. huhu..
Lepastu, kiorang pergi tengok ice skating. Tengok je la. Kebetulan ada benda ni.


Okey.. dah makan, dah enjoy, kitorang balik ke rumah abang aku. Rehat2, petang sikit aku pun gerak balik ke Senawang. Malam tu masuk kerja. Hehehe...

Begitulah kisah pembukaan tahun 2016.
♡♥♡♥♡♥♡









No comments: