Saturday, 31 October 2015

Himpunan Belia Kenali Ubat Anda

Assalamualaikum...
31 October 2015
Lokasi: Bukit Beruang, Melaka.

Alkisahnya si Mort ternampak iklan untuk program ni kat Facebook dia. So, dia pun ajak la aku dengan Teratai join. Kitorang apa lagi, terus setuju.
Program ni julung-julung kali diadakan bertujuan nak mengajak orang awam supaya mengenali ubat diorang. Siapa yang pergi ni, secara automatik menjadi duta dan bertanggungjawab mendidik masyarakat di luar sana.

Kitorang bertolak dari Senawang lebih kurang 6.30am sebab pendaftaran bermula pukul 8.00am. Bertolak awal sebab takut lambat sampai or sesat sebab masing2 tak tau tempat. Tapi Alhamdulillah... sampai dengan jayanya. Disebabkan sampai awal, kitorang singgah sarapan dulu. Makan roti canai dan nescafe tarik. Lepas tu terus pergi register.
Lepas register, kitorang diberi tshirt dan goodie bag. Terus tukar pakai tshirt tu.
Tentatif program... hmmmm... bila tengok tentatif ni aku dah dapat bayangkan apa yang akan terjadi.. huhu...
Naemah aka Teratai
Nisak aka Mort
Jaja aka Jaja...
Hahaha.. Bila-bila masa pun aku hanya guna nama Jaja sahaja..

Ada photobooth.. Aku dengan Teratai dah semestinya sangat teruja.. =)
Disebabkan ramai lagi peserta belum sampai, kitorang ambil kesempatan la tangkap gambar dulu..

Maskot ubat..


Tak lama lepas tu, program pun dimulakan.
Mula2 ucapan penganjur lepas tu kitorang diminta bangun dan buat barisan panjang. Mengikut pengalaman join program2 motivasi, kalau suruh beratur macam tu, mesti nak kira 1 2 3 4 lepas tu buat kumpulan ikut nombor. So, kitorang bertiga pun mengatur strategi. Dan... ternyata sangkaanku benar belaka. So kitorang pun jalankan strategi. Pergi tukar dengan kumpulan lain. Hahahaha...
Taraaaa... Inilah hasilnya.. kitorang berjaya dapat satu kumpulan. 3 lagi ahli kumpulan kitorang, Yong, Angah dan Ucu. Dan... seperti yang kujangka terjadi lagi.. kena buat nama kumpulan serta motto lepastu present kat depan... huhuhu...

Nama kumpulan kitorang: Por Sorb
Motto: Sayangilah Perut Anda.... Sambil buat simbol ♡♡♡

Nama kumpulan ni Yong yang skema tu yang bagi. Singkatan nama saintifik pisang..  Ikot kan je la.
Pukul 10, rehat. Diorang bagi sarapan bihun goreng dengan air kotak. Aku tak ambil pun.. Still kenyang lagi.

Tengok je la orang makan..
Lepas tu, sambung balik. Sesi ceramah oleh duta kenali ubat anda iaitu pelakon Ammar Asyraf. Masa dia bagi ceramah ni, rajin jugak dia berinteraksi dengan peserta, dan tanya2 soalan. Si Mort dan Si Teratai teruja pulak menjawab sampai si Teratai kena aim, dan dipanggil ke depan.. haha

Lepas sesi ceramah oleh duta, kitorang diberi tugasan mengikut kumpulan. Kitorang dapat tajuk "Alahan Ubat"
Lepas tu kena buat presentation.


Tengah buat tugasan tu sempat lagi ambil kesempatan bergambar dengan Ammar. Hehehehe..
Mort dgn akak Fiza, disebabkan dia la kitorang datang program ni.
Kusyuk menyiapkan tugasan..
Kerja aku just colourkan arrow je..
Siap!!
Bergambar bersama fasi kitorang, Miss Low

Tak lama lepas tu, Timbalan Menteri Sains & Teknologi Melaka pun sampai.
Merasmikan program serta secara rasmi melantik Ammar sebagai duta.
Bergambar beramai-ramai.

Lepas selesai perasmian, program berehat seketika untuk lunch. Kitorang amik nasik bungkus tu, lepas tu pergi makan kat masjid. Senang cerita. Lepas lunch, sesi pembentangan bermula.

Ni time group kitorang buat pembentangan.
Ucu yang bentang. Yang lain tukang pegang je. Hehehe..
Akhirnya.. kumpulan ni yang menang...

Kesimpulan dari program ni, aku rasa sangat berguna la untuk orang awam. Sebab nampaknya diorang excited bila satu2 info diberi. Untuk kitorang bertiga, agak kelakar sebab kitorang terpaksa belakon macam tak tau apa padahal hampir semua kitorang dah tau.. Mana tak nya.. Tu semua rutin kerja kitorang.. huhuhu...





No comments: