Wednesday, 9 September 2015

Akikah & Kesyukuran Naim

Assalamualaikum...
5 & 6 September 2015
Lokasi: Jenjarum

Alhamdulillah... 
Family kitorang dikurniakan seorang lagi baby boy. Muhammad Naim nama diberi. Dilahirkan 31 July 2015. Sama besday dengan Tok Wan nya. So sweet.

Kenduri ni dibuat sempena akikah dan kesyukuran baby Naim.

Makanya.. Aku pergi dengan membawa dua orang askar. Teratai dan Ain.
Ekceli akak aku, Ilah yang mintak aku jemput dan kalau sudi jadi askar, boleh la datang awal sikit. Dengan persetujuan diorang, aku pun datang la 5 September tu.
Amin... masuk bakul tapi tak reti angkat sendiri..

Malam tu lepas dah makan2 isi perut, kitorang mula packing goodie bag.
Ada bunga telur.
Ada air kotak.
Ada popcorn
Dan.. Ada towel..
Mak Ecah
Ade juge gegule..
Si Teratai dengan pembantunya, Iman.
Ain pulak pembantunya Amin.
Baju pun sama warna. Hehehe...

Sambil packing goodies ni sambil bersembang. Ain cakap ayam goreng yang tak habis makan malam tu, boleh buat nasi goreng untuk sarapan esok pagi. Haaa... Lepas tu Mak Ecah pegang kata2 dia tu. Esoknya pagi2 dia tuntut janji. Dikejutnya diorang bangun suruh masak nasik goreng. Mak aku pulak dah siap sedia bahan-bahannya. So Ain pun kena la masak. Hahahahaha.....

Tak lama lepas tu, Big Bro sekeluarga sampai. Kak Lin ada buat cheesekut ni. Siap ada label lagi tu. Kelasss you Kak Lin..
Alalalala sweet nye anak dara berdua ni.
Tolong edarkan goodie bag untuk anak-anak tahfiz yang datang baca Yasin.
Ehem..Aku pun nak la jugak berposing barang sekeping dua.
Comel sungguh.. Macam princess...
Dah habis edar.
Reaksi Iman yang gelabah selepas dia menepuk muka Mak Long Lin nya sampai berair mata. Huhu...
Baby Naim dengan Mak Mona nya...
Promote
Hasil berpantang. Nampak kurus sikit dah..
Kakak Amani with Auntie Teratai
Tu dulang tu Auntie Ain punya kerja.
Comey tak we all?? Hehe..
Berehat2 sebentar secara berjemaah..


My kakak with our cousin, Kak Liza
Mak Long dan sedara Abah Hadi..
Haaaa... Baby ni tak tau la anak siapa.
Tapi Ain berkenan betul la dengan dia. Mana tak nya, debab sangat3!
My beloved Mak.. ♡♡♡♡♡
Like mother like daughter. Lesung pipit aku ni diwarisi dari Mak aku. Bukan senang nak dapat ni. Hahaha..
Haaa.. Dalam2 ramai perempuan kat dapur, chef nya lelaki. Abah aku. Gigih dia masak nasik minyak.
Nasi minyak dia ni letak dalam rumah je. Tapi lagi laku dari yang kat khemah.
*Kat khemah nasik putih jer... kikiki..
Ayam
Kambing
Dalca
Daging
Kambing lagi..
Candy girl
Pinjam kejap candy girl punya bakul..
Auni je dah berapa ketul lolipop dia bedal.
Kak Liza & Baby Naim
Yeah.. Akhirnya ada gambar Achu dengan Naim..

Lepas zohor, ada marhaban.
Tok Wan mengambil tanggungjawab mendukung Naim.
Dah habis..
Bapak dan anak.
Baby yang diraikan..

Kesian Naim.. Lepas lahir dia disuspek G6PD.. Nak kena amik darah. Hope keputusannya negatif la. Amin..
♡♥♡♥♡♥♡

No comments: