Monday, 28 September 2015

E-Day Mort

Assalamualaikum...
26 September 2015
Lokasi: Taman Marida, Senawang.

Alhamdulillah...
Seorang daripada Geng KBJ iaitu Mort, dah selamat jadi tunangan orang.
Alolololololo so sweet!

Aku dan Teratai gerak ke rumah Mort pukul 1pm. Sebabnya hari tu hari Sabtu. Teratai kerja half day. Aku pulak sleeping day. Ingatkan dah lewat sangat. Rupanya baru nak mula.

Sampai2 je terus cari Mort kat bilik. Cantiknya dia dah makeup.. hihihi..

Tak lama lepas tu, rombongan pihak lelaki pun sampai. Maka bermulalah sesi merisik dan meminang. Aku tak dapat nak dengar sangat sebab duduk dalam bilik.



Sesi menyarung cincin antara bakal mak mertua dan bakal menantu.

Okey.. Dah ada cincin dah..


Jeng..Jeng..Jeng..
 Pasangan tunang Anisak & Baihaqi.
Aku 1st time tengok tunang dia ni.
 Selalu dengar je. Tak pernah tengok.

Selfie dari jauh pun buleh..
Mencabarnya nak tangkap gambar bila ramai2 kerumun. Celah ketiak pun celah ketiak lah... hahaha..

Ok hantaran dua2 belah pihak.
Dalam banyak2, sireh ni yang berjaya menarik perhatian aku. Maybe sebab kaler dia kot. Nanti time aku, nak mintak Mak gubah macam ni. Mak aku tu orangnya berseni. ♡♡♡♡♡
Satu lagi yang ni. Comel je..

Dah habis sesi2 tu semua barulah aku dan Tetatai amik turn bergambar. Kaler baju aku dan Teratai tu sama sebab Mort yang mintak kitorang pakai Emerald Green. Kita ikutkan je la.
Teratai dan Mort
Aku dan Mort. Bila tengok gambar ni terasa renek betul la aku ni. Renek dan bulat.. kuang3..
Family sebelah Cik Lela.

Adik beradik. Mort dan Kak Emy.


So sweet. (^___^)y

Akhirnyaaaa... Dapat jugak makan. Kitorang tinggal je Mort sebab dah lapar sangat. Lauk sedap.. Daging Salai Masak Lomak, Ikan Bilis Masak Asam, Sambal Tempoyak... Perghhhh...


Ira Rara dan husband, Talib pun datang.


Sambung bergambar lagi. Saja je letak gambar ni sebab aku suka.. hahaha...



Geng Farmasi Salam.


Farmasi plus ER.


Semua orang dah turun, kitorang sambung lagi. Hehehehe.. =)

Amik berkat..
Aku pun... Amik berkat jugak..
Yang sorang ni maybe terkenang-kenang zaman dia bersanding dulu.
Siapa yang dapat bunga tu??

Hajar dan Si Kembar Aina. Tapi kembarnya, Ainul tak ada.
Teratai dan kakak si kembar, Aisyah.


Tibalah masa untuk potong kek.
Katanya ni tradisi keluarga.

Time ni Abah si Mort ni tanya kitorang, kitorang panggil Mort ni dengan nama apa? Aku cakap la, Nisak. Lepas tu, Abah dia cakap, Seha la! Hahaha... Baiklah pakcik, lepas ni kitorang panggil dia Seha ye.. =)


Tulisan dah terputus sebab dah kena makan..

Time ni baru dapat tau kek yang lagi satu tu besday Kak Emy punya. Patut la ada 2 kek.
Happy Birthday!!! Tak sure pulak yang ke berapa. Tapi... Semoga panjang umur, murah rezeki..
Nyum2.. Makan dua2 sekali...

Dah habis makan kek, kitorang pun beransur lah pulang. Lama jugak la bertenggek kat rumah dia. Lepas tu, macam biasa lah.. Siap tapau..

Apa-apa pun, Tahniah Mort!!!
Semoga persiapan dan perjalanan nak menuju ke gerbang perkahwinan lepas ni berjalan lancar. Amin...

Nanti kawen Insyaallah kitorang datang bertenggek lagi ye...

Saturday, 26 September 2015

Rendam Kaki @ Gadek

Assalamualaikum...
11 September 2015
Lokasi: Kolam Air Panas Gadek, Melaka.

Haritu tiba-tiba je Si Mort cakap dia nak celup kaki kat Kolam Air Panas Gadek. Aku mula-mula tu tak berapa setuju la nak pergi sebab dia tu tengah darah manis. Tapi bila tengok muka dia, kesian la pulak. Last2 aku dengan Teratai setuju la jugak.
Tiket masuk RM5/Person. Tak sempat nak amik gambo yang full. Dah kena koyak. Huhuhu...
Tu dia Mort dengan Teratai.
Di depan pintu.

Memandangkan diorang kerja sampai pukul 9 malam, aku pulak sampai pukul 5 je, so aku tapaukan sesiap makanan untuk diorang. Aku pulak makan kat kedai.
Sampai2 je terus amik tempat kat "cabana".
Serbu tapau dulu.
Muka kelaparan.
Diorang nak makan, aku sibuk nak tangkap gambar. Nampak sangat muka terpaksa.. hahahaha
Ni jajan aku.
Walaupun aku dah makan nasik, sampai sana aku jadi lapar. So beli lah burger.
Nampak tak muka puas hati aku dapat burger.

Cabana kitorang tu mengadap kolam. Kitorang aim nak kolam yang tengah2 tu.
Dan... kitorang memang dapat kolam tu..
Bawak sekali popcorn tu makan sambil rendam kaki. Sedap sangat kot sampai camtu. Hehehehe...
Muka senyum padahal dah kepanasan.
Walaupun hanya kaki je yang dicelup, tapi peluh menitik-nitik satu badan.




Kali ni sekejap je kitorang pergi. Maklumla.. Esoknya aku kerja shif pagi. Lepas dah mandi bersihkan diri, terus gerak balik.

Masa first time pergi dulu esoknya timbang kurang sekilo. Kali ni timbang kurang setengah kilo. Jadi lah tu...  =)