Sunday, 29 March 2015

Ice Skating @ IOI Putrajaya

Assalamualaikum...
27 March 2015
Lokasi: IOI Mall Putrajaya

Setelah sekian lama kitorang bertiga tak keluar bersosial sama-sama, kitorang buat keputusan apply cuti then pergi jalan-jalan..
Macam biasa, guna dana KBJ

Aktiviti pertama kitorang di IOI Mall ni tak lain dan tak bukan, Ice Skating.

Masa sampai tu awal lagi.. tak ramai orang yang main. So, kitorang duduk2 kat kerusi dulu sambil tengok dan gelakkan orang yang main tu.

Bila dah ready, kitorang pun masuk lah. Bayaran masuk RM23/person. Lepas tu kena beli glove sebab kitorang takde glove. Nasib baik aku dengan Teratai bawak stokin. So tak payah beli. Si Mort je kena beli stokin. Padahal sebelum tu dia yang beria-ria pesan suruh bawak stokin. Last2 dia yang lupa. Huhu..

Once kita masuk, kita akan dipakaikan tag kat tangan. Selagi tak scan keluar dari tempat tu, kita boleh main seberapa lama yang kita nak.

Kitorang sewa 1 locker. Simpan semua beg dalam tu. Sekali bayar sewa locker, kita diberi 1 token. Boleh pakai sekali je. Once dah bukak, kena beli token lain. So sekali je boleh bukak.

Gaya yang kononnya macam reti sangat la nak main.
Sinar keterujaannya jelas kelihatan disitu..
Yang ni memang muka confident la sebab dah pernah main. Lagipun keputusan nak main benda ni dibuat pun disebabkan dia mengidam nak main la.
Selfie sebelum masuk gelanggang.. hahaha..

Dah masuk tempat tu rasa nak menitik air mata aku nih. Baru masuk sebelah kaki je dah rasa macam nak keluar balik. Serius, tak boleh nak imbang badan langsung. Melekat kat tepi dinding. Tapi diorang suruh jugak aku try. Slow2 aku gerak. Berpeluh2 dalam tempat yang sejuk. Seksa betul nak habis pusing 1 round.

Dah dekat nak sampai pintu, aku gagah kan jugak keluarkan fon, snap gamba. Masa ni tak tau pun tak boleh snap gamba dalam ni.



Seronok ye korang..

Muka cuak aku jelas disitu..

Habis je 1 round, kitorang rest dulu.
Bila dah keluar, muka berlagak la pulak
Yang aku pegang tu glove ye.. bukan stokin...
Beli air mesin gedegang. Beli sebotol je pun. Sebab kena pakai duit kertas RM1. Harga air mineral 1 botol RM2. Kebetulan dalam poket ade 3 keping je. So dapat sebotol je la.

Ni aku punye..
Ni kitorang bertiga punye.. hehehe..
Chaiyok!!!
Ready for 2nd round
Sebelah kaki pun boleh..
Gaya gedik sebelum masuk nak 2nd round.



Lepas dah setel bergambo, ade orang mintak tolong tangkapkan gambo. Dah alang2, mintak dia pulak tolong tangkapkan gambo kitorang bertiga.. hehehe...

Lepas 2nd round, rehat lagi.
Kiranya 2nd round ni dah laju sikit la.

Lepas tu pergi 3rd round.
Aku sampai 3rd round je. Sebab aku dah tak boleh tahan. Kaki sakit. Dada sakit. Sejuk.. Nak semput mak... huhu...

So, lepas 3rd round aku duduk tengok je budak berdua ni.


Dah naik seikh... Sampai taknak stop pulak.. huhu...

Lama jugak la kitorang dalam tu. 3 jam lebih.
Perut pun dah keriuk2..
Masa untuk keluar. Bye2 Ice Skating.. Tak tau la akan datang lagi ke tidak.. huhuhu...

No comments: