Saturday, 8 November 2014

Misi Mencari Salai-Salai

Assalamualaikum...
7 November 2014
Lokasi: Antara Senawang-Kuala Pilah

Alkisahnya, Cik Teratai kita ni nak membeli salai-salai kat Kuala Pilah.
Nak bawak balik ke Taiping.
So, aku ngan Ika pun join la sekali.

Sebelum ke destinasi tujuan, isi perut dulu.
Tempat biasa... Warung Ubi Kayu.

Dah kenyang baru gerak.
Hujan!!
Masing2 dah risau kalau gerai tak bukak sebab tak boleh nak hidupkan bara api.
Tapi Alhamdulillah... hujan tak lebat pun. Renyai2 je..

Dari Senawang terus je sampai jumpa Terachi. Kat situ la lokasi salai-salai ni. Aku ingatkan betul2 kat pekan Pilah tu. Tekaan ku ternyata meleset.. cewah... haha..

Kitorang terus je ke depan lagi sebab hasil dari kerajinan aku menggoogle,
aku dapat info kat Pilah ada satu gerai coconut shake bertemakan cowboy.
Tapi bukan yang ni.
Ada satu blog tu cakap gerai tu berhampiran simpang nak ke Istana Sri Menanti.
Jalan punya jalan sampai la jumpa simpang ke Sri Menanti tapi takde pulak gerai nye.
Dah alang2 kitorang pun buat keputusan masuk je situ, tengok rupa istananya.
Tapi sampai ke sudah tak jumpa.
Last2 patah balik ke Terachi.
Teruskan dengan tujuan asal iaitu nak cari yang salai2. Gerai fisrt yang kitorang singgah. Beli itik salai. Rm40 seekor.
Tak boleh beli separuh.
Nak tak nak amik jugak seekor.
Sesi interview Teratai dengan akak gerai tu.
Kasik posing sikit..





Gerai kedua yang kitorang singgah.
Gerai Lina Madu.
Singgah sini sebab aku nak beli Pisang Tanduk.
RM8 sekilo. Aku amik 2 bijik. 1.3kg
So, dalam RM10.40.

Kat situ jugak kitorang de beli pisang untuk wat cekodok. Tak ingat pisang apa. RM2

Gerai ni betol2 bertentang dengan signboard Terachi.

Seterusnya nak cari ayam salai pulak.
Ain pesan ayam. So kena cari ayam la.
Susah pulak nak jumpa salai2 ni versi ayam.

Akhirnya ada satu gerai ni ada jual.
Bukan setakat ayam.
Ikan keli, itik dan daging pun ado.

Yang kanan RM15, yang kiri RM20.
Aku amik yang kanan, Teratai amik yang kiri.
Paste masak lomak pun ade jual.
Tapi takpe la...
kitorang buat paste sendiri je..


Masa untuk bayar RM15
Teratai punya RM40 sebab dia beli ayam salai & daging salai..
Ni anak orang kedai tu..
Haaa.. todia..Tak pakai kasut..


Dah habis beli kat sini bermakna dah selesailah la sesi membeli salai-salai.
Itik, ayam, lembu.
Ikan keli je yang tak beli.
Risau jugak nak bawak balik jauh. Takut rosak. Tapi orang kedai cakap leh tahan lama, janji tak potong2 sebab nanti berair.


Ok, next story.
Misi mencari coconut shake cowboy....


No comments: