Sunday, 30 November 2014

Kenduri Otak-Otak

Assalamualaikum...
18 November 2014
Lokasi: Rumah Sewa Cik Kamsiah

Alkisahnya aktiviti ni terjadi tanpa dirancang.
Ika balik dari JB bawak balik satu beg plastik penuh dengan otak-otak yang belum dibakar.
Ada la lebih kurang 50 batang.
So mula2 kitorang gurau2 cakap 
"Jom, kite bakar kat luar.."
Lepas tu ntah macam mana tiba2 kitorang dah ada kat luar, tengah bakar2.. hahahahahahahaha...

^ Nampak benor nipu nyer..
Ekceli masing2 eksaited bila cakap nak membakar kat luar. Sepantas kilat masing2 ambik peranan.. Hidup kan api, prepare barang2..

Watak utama..
Hidupkan api tapi dah tentulah bukan aku yang buat..
Mereka bertiga yang buat.


Sesi2 fotografi sebelum membakar
Aku action je..
Tak sabar nak tunggu nak membakar.
Ini kelakor!!
Gaya ahli bomba pun ada...


Bakar Time!!
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
Batch pertama
Topup untuk batch kedua
Alih-alihkan supaya tak hangus






Siap! Makan time!!
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Sila.. Sila.. Jemput makan..
Dapnye.. nom nom nom nom..
Haa.. Lidi hangus kat hujung..
Dalam masa yang sama,
 ada order makanan lain kat kedai makan depan rumah.
Mana cukup makan otak2 je.


Sambil2 tu bakar burger ikan...

Selfie tak cukup lighting..

Dah selesai makan, Ika cakap dia nak buat persembahan. So, aku dengan terujanya tunggu la nak tengok.

Tapi entah apa benda la yang dia buat.
Takde motif bakar surat khabar je..
Last2 ni je hasilnya..
Api dah marak baru la kelam kabut nak padam.



Nota kaki:
# Lagu tema malam tu: "Api dah menjadi bara... Bara menjadi debu.."
# Hulur sikit otak2 yang dah siap bakar tu kat jiran sebelah rumah, dia balas tumpi sepeket. Berhari2 jugak la nak habis.
# Ekceli sebenarnya hari tu nak celebrate besday Ika.. Maybe ni cara yang unik kot untuk celebrate besday.. hehehehe..


Monday, 10 November 2014

Misi Mencari Coconut Shake Eden Cowboy

Assalamualaikum..
7 November 2014
Lokasi: Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Yeah... Misi mencari di mana letaknya kedai Coconut Shake Eden Cowboy.

Setelah dua tiga kali berpusing-pusing,
 tetap tak jumpa.
Tapi memandangkan hari masih awal dan tujuan utama datang Pilah iaitu nak membeli salai-salai pun dah selamat, kitorang pun dengan gigihnya mencari jugak kedai tu.

Si Teratai selaku driver pun dah start naik hangin sebab dua-dua co-pilot tak boleh diharap... hahahaha...

Aku macam biasa la.. google lagi..
Then, terjumpa satu blog ni cakap lokasinya di Tanjung Ipoh, sebelum simpang Istana Sri Menanti. Rupanya ada dua jalan nak ke Sri Menanti ni. Kalau dari Senawang, dekat jalan masuk yang kedua. Mula-mula kitorang masuk jalan yang pertama. Sebab tu la tak jumpa.
Tara.... Akhirnya jumpa jugak. 
Terletak di sebelah kiri jalan.
Selain dari kanopi or khemah dia,
antara benda yang mula-mula menerjah pandangan mata aku adalah rumah kecik dia ataupun lebih dikenali sebagai jamban. Hahahaha... Agak tak senonoh disitu..
Kedai baru je nak bukak. Maybe kitorang pelanggan pertama hari tu. Order kat sini. Kat kaunter.
Selamat menjamu kelapo pun buleh..
Duck face kononnya..
Boleh nampak topi koboi gantung2 kat atas tu
Sambil menunggu order sampai.
Jeng jeng jeng..
Inilah benda yang kita cari..
Yang kiri tu Kelapa Koboi
Yang kanan Coconut Shake
Kelapa Koboi ni Ika & Teratai punya.
Sedap sangat!!
Dalam dia ada aiskrim, nata de coco, roti dan jagung. Pastu disimbahi dengan sirap ros.
Perghhhhhh.... Sedap.....
Mula2 Teratai cakap dia nak kongsi Coconut Shake dengan aku tapi masa nak order tu nampak benda ni terus belot!
Coconut Shake ni aku punya.
Disebabkan datang sini memang nak cari Coconut Shake, kena la jugak rasa walaupun hampir tergoda dengan Kelapa Koboi tu. Tapi aku memang tak makan isi kelapa muda tu. So, bagi alasan macam tu je la.
Ok la.. rasa sama macam yang kat Klebang punya.
Muka happy dapat Kelapa Koboi
Yang sorang ni tak pandang kiri kanan dah.
Aku layan Coconut Shake aku la..
Orang yang suap pulak yang over nganga.. haha..
Huh orang punya memang sedap...
Taraaa... Bertukar menjadi koboi.
Disebabkan muka tak malu aku ni,
Mintak izin kat tuan kedai nak pakai topi.
Dia bagi green light.. Kitorang pun on la..



Masing-masing punya versi selfie..
O


Muka kononnya serius padahal tengah selfie..
Haaa... bukti dia selfi guna fon si Teratai.


Selfie again.


Topi bertingkek-tingkek..

Lepas semua dah selesai membaham kelapa,
Maka masanya untuk pulang.

Tapi sempat pulak menapau pau...
Muka puas hati dapat tapau pau.

Nak bergerak ke kereta,
Tersangkut pulak kat signboard kedai.
Bergambo kat situ pulak.

Seronok nye gelak... kikikikiki...
Ika membuktikan dia kenyang..
Sambil pegang perut.
Alo tomei2 Cik Teratai kita ni... =)
Posing sikit menggayakan kurti MortalJingga
Sambil pegang pau sebagai prop.. haha..
Perbincangan di tengah hujan.
Ika snap gambo ni dari dalam kereta.
Dia laju je masuk dalam kereta menyelamatkan diri dari kena hujan.




Bergerak pulang..
Masa dari keluar rumah sampai pulang semula ke rumah hanya 3 jam je.
(^___^)y