Wednesday, 7 May 2014

Jalan2 Japanese Village, Bukit Tinggi.

Assalamualaikum..
Selepas puas hati pusing2 kat Colmar Tropicale, kite terjah pulak Japanese Village.
Tempat ni ada Rumah Teh Jepun yg pertama dibina di dalam Hutan Tropika..
Suasana kat sini sejuk dan nyaman.
Tapi sebelum nak feeling2 kat Jepun tu kena mendaki jalan yg berbukit yg sangat2 mencabar untuk sebuah kereta viva. Kesian Cik Tam. Bila dah sampai atas, kereta kena park kat parking. Lepas tu kena jalan kaki dan panjat bukit. Mengah dan sakit jugak la dado den huhuhu..


Kat pintu masuk. Kat tempat ni tak kena beli tiket masuk ke ape ke. Sebab bayaran masuk dah dikira sekali masa mula2 beli tiket. Kiranya dengan tiket tu kita boleh masuk ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan tempat2 yg lain.
Nak masuk ke rumah tu kena jalan lagi..
Tapi bila sampai je terus tuju masuk. Excited nak pakai kimono sampai lupa nak amik gambo kat depan dulu. Kimono tu harga RM20 untuk 10 minit ok.. Time nak pilih tu diorang just tabur je atas lantai. Pilih la nak pakai yg mana satu. Tapi lepas dah pilih, diorang tolong pakaikan..
Taraaa... gadis melayu berkimono..
Cari perbezaannya.. hehe..
Antie tu yg suruh tukar..
Comel nye Ika pakai kimono..
Tu pun setelah dipaksa dan diheret masuk.
Katanya: " baju ni macam tahun 1992 punya la"
Ok.. semua tengah menge'test' busana masing2..
Maka bermulalah sesi yg dinanti2..


Bagus budak ni.. walaupun terpaksa tapi bile suruh posing, dia ikot je cakap kite..
Teratai dan bunga memang tidak dapat dipisahkan.. sampai kat sini pon still ada bunga sebagai prop.. hihihi
Ehem2.. ni posing semata2 nak tunjuk riben besor kat belakang tu..










Outdoor version pulak..






Masuk dalam semula.. sebab antie tu dah bising suruh bukak kimono.. dah lebih 10min kononnya..
Haaa.. yg tengah2 tu la antie tu.. amik kau..  bising2 sangat kan.. dengan dia sekali aku suruh amik gambo.. haha..
Kat pintu masuk rumah tu..
Haaa.. cenggini la rupa rumah tu dari luar.

Turun ke bawah ade sungai kecik... ade ikan.. ikan kap ke ape tah.. tak tau pulak nama ikan tu.. kite boleh bagi makan. Makanan ada jual kat dalam rumah kimono tu. Tak tau la bila masa pulak Ain beli. Tup2 ade je.. kuang3


Cantik... besar2 ikan nye..
Lepas seberangi sungai.. terus bertukar jadi iron girl...

Kat seberang nye ada satu lagi rumah..
Bukan penjara tapi rumah.. nampak je macam penjara..






Dah nak balik baru sebuk nak bergambo ngn sign board..


cermin pantang nampak.. haha.. masa pergi Bukit Cerakah dulu pun excited bergambo kat cermin camni.. ♡♡♡♡


Nota kaki:
♡ kat dalam rumah tu ada jual fridge magnet.. RM10/pcs.. lebih murah berbanding kat kedai cenderamata kat situ iaitu RM13/pcs.. tu pun beli satu je.. RM10 tu pon dah kira mahal jugak tu..
♡ Pegang pada kata2 menabung membawa untung.. Tak sia2 kitorang kutip duit RM20 setiap bulan. Bila rasa nak bercuti je dengan senang hati tak payah pikir pasal duit.. Seronok je jalan2 walaupun tengah bulan..
♡ kalau tanya nak pergi lagi ke tak maybe 10 kali kena fikir dulu. Rasa macam tak sanggup je nak pegi lagi. Tak sanggup nak memandu kat jalan yg mencabaar tu. Kalau org lain yg drive ok je kot. Huhuhu..


No comments: