Wednesday, 10 January 2018

Weekend Holiday di Bayou Lagoon Day 2

Asaalamualaikum...
6 August 2017
Bayou Lagoon, Melaka.

Okey hari kedua!
Pagi2 subuh akak aku dah berendam dalam jakuzi. Punya la semangat.

Lepas mandi, kitorang turun pergi sarapan. Lepastu, menuju ke water park la.. Yeyeah!!

Ni la promotion untuk masuk waterpark tu. Sempena merdeka. 
Bayaran masuk RM10 jer!

Aim aku untuk harini, nak memanah. Teringin sangat.


Sebelum masuk, amik gambar dulu. 
Memang kitorang plan nak beli pun nanti gambar tu.

Lepas tu semua masuk air, tak ingat dunia dah. 
Harini dah takde gambo dalam air.
Masing2 sebok termasukla Achu..

Sementara tunggu mak bapak budak dengan budak2 sebok main slides, aku jaga Naim. 
Amik kesempatan pergi survey harga game yang ada. Angkut Naim sekali.
So info yang aku dapat, semua game dia berharga RM2 sekali naik.
Ada mini Roller Coaster dengan Bumper Car.

Ready nak naik Roller Coster. 
Dah beli tiket untuk 6 orang tapi last minute Amin taknak naik. 
So dia tinggal la dengan Mama dia. Dapat tengok je la.

Naim always ok.. Hahaha..
Naim duduk dengan Abahnya, Iman duduk dengan Achu.
Sakit perut aku gelak gara2 Iman. Bila sampai kat corner, dia menjerit sambil mengucap. Macam2 doa, surah dia baca. Hahahah!

Lepas dah habis kat sini, Amin cakap dia nak naik kereta. Kesian la pulak. Roller Coster tadi dia tak naik. So gigih la aku pergi beli tiket lagi.



Amin dengan Naim naik dengan Abahnya. 
Iman naik dengan Achu lagi. Achu kasik can la kat Iman nak handle. 
Achu tolong pegang stereng time memerlukan. Kemain seronok lagi dia.

Mereka bertiga

Dah namanya Bumper Car, kena la main langgar2. 
Ada sekali tu berdentum, berdarah sikit gigi Iman. 
Last2 siap kena sound dengan Amin, jangan la langgar2. 
Baiklah Amin.. Sorry.. Huhuhu...


Taraaa.. kerete kami.. Hehehe..

Dah main2 game ni semua, sekali tengok jam dah pukul 11AM. 
Dah nak checkout pukul 12PM. Tak sempat dah nak main memanah tu. 
Lain kali la nampaknya. Makanya kami pun balik la ke bilik untuk bersiap.

Dah siap mandi. Dah ready nak checkout.

Lupa nak amik gambo bilik kitorang. Nak balik baru teringat. 
Dah sepah dah pun. Hehehe




Main cak2.. Adabi melazatkan.. Adabi menyelerakan..
Tngkap kat bilik air yang ada jakuzi tu.. 





Pemandangan kat balkoni.


Terhibur budak2 naik benda ni ye.

Sampai balik pun tak bukak lagi.

Okey ni la harga bilik ni. 300+-( Sebab dah tambah jakuzi kan)
Harga asal 400+ tapi sebab ada promotion merdeka tu, tinggal 200+


Taraa... Siap dah gambar kitorang. 
Kitorang amik yang 3 gambar yang berlainan, RM60. 
Aku amik 1, diorang amik 2.
Ni yang kat aku punya. 

Done checkout.
Kitorang behenti lunch di Restoran Jejantas Ayer Keroh.
Lepastu diorang terus drop aku kat Senawang. Malam tu masuk kerja. 
Wah!! Gigih kan!!

Monday, 8 January 2018

Weekend Holiday di Bayou Lagoon Day 1

Asaalamualaikum
Bayou Logoon, Melaka
5 August 2017

Al kisahnya akak aku, Ilah dan familinya ajak aku jalan2. Mula2 tak tau pun nak pergi mana tapi last2 decide pergi Melaka. Dah sampai Melaka pun takda halatuju lagi. Lepastu, lalu kat depan Bayou Lagoon. Kitorang turun la nak survey2, sekali tersangkut pulak. hahaha.. Makanya bercutilah kitorang kat sini.

Abang Long Iman

Alolololo... dia bawak geng pulak, Amin & Naim


Layankan je la..

Lepas dah survey2 harga, kitorang decide amik bilik yang siap ada jakuzi.
 Kemain lagi we all kan. Kelass gitu..


Depan bilik boleh nampak waterpark kat bawah nun.

Zoom sikit waterpark nye itu... Muahahaha..

Punya la eksaited amik bilik ada jakuzi, dah siap angkut beg semua. Sampai kat dalam bilik Krikk2.. Masing2 blur jap. Mana jakuzi nya?? Hadoi.. Rupanya kitorang dihantar ke bilik yang salah. Call balik dorang, ditukar ke bilik yang sebetulnya.

Taraaa... jakuzi.. Hahaha..
Ni akak aku paling suka. Dia yang beria nak sangat. 
Takpe la... Sekali sekala kan..

Dari bilik ni pun boleh nampak waterpark jugak.

Hero2 dah start beraksi. 

Achu nya pun dah start in mood. Yeyeah!!

Pantang tengok Achu bawak keluar fon, ada je nak tumpang sekaki.

Budak2 dah menggelupor nak main air. So semua pun bersiap la.
Tipu la kalau kata budak2 je, mak bapak budak termasuk achu pun sama je sebenarnya.
Tapi kitorang ada masa 2 jam je sebab time ni dah pukul 5 petang. Waterpark tutup pukul 7 petang.


Bilik yang kitorang amik tu, sekali dengan tiket masuk waterpark untuk 2 orang. Tiket tu jangan bukak dari tangan sebab esoknya boleh masuk lagi pakai tiket yang sama. Insan2 yang selebihnya beli tiket masa nak masuk.

Kaunter tiket. 
Rezeki kitorang sebab ada promo sempena Merdeka.

Beratur nak masuk

Laju je masing2.


Hui meriahnya..
Masa datang Team Building dulu, tak la semeriah ni. 
Kolam pun ada satu je. Sekarang dah upgrade.

Memulakan aksi

Ada orang tu praktis. Maklumla.. dah pergi kelas renang.

Nasib baik la aku tergerak hati nak bawak track suit. 
Ada instinct bakal main air kot. Ni la satu-satunya tshirt yang aku beli kat Langkawi haritu. Pakai untuk masuk kolam pulak ye.

Dah naik sheikh dah

Kitorang kasik can budak2 dulu. Kejap lagi baru terjun.



Amin masih lagi takut main air. Dia punya area kat tepi je. 
Tak sampai ke tengah.

Tak kisah la Amin, enjoy dengan cara tersendiri.

Yang si adik apa pun dia redah je


 
Bonding time. Father and son.

Baru nak tangkap gambo dah sampai bawah dah. Iman dengan Abah dia.
Aku tak berani naik. Dulu ada la try lepastu tenggelam dalam air. Huhu..

Dapat main sekejap je, dah kena naik. Takpe2, esok masih ada.

Esok aim nak masuk sini.

Dah balik bilik, Amin menggelupor lapar. Tadi masa main tak ingat apa dah.
Cepat2 kitorang besiap. Lepas magrib terus pergi makan.

Sementara tunggu bos amik kereta.

Konon2 pergi tempat makan yang famous. 
Sekali beratur panjang sampai sejam. Nak makan pun dah tak lalu dah. Kenyang angin. 

 


Macam2 order. Kerang rebus, Siakap 3 rasa, Sotong goreng tepung, Udang Butter dan Kailan Goreng. Separuh dari siakap tu buat bakar tapi siap bawak balik simpan dalam fridge. Huhuhu

Lepas makan, pegi ronda2 bandar Melaka tengok beca. Iman yang nak tengok sebenarnya. Dari siang lagi nak tengok. Tapi bila dah sampai, dia tidur pulak. Kejut2 pun tak bangun. Dah sampai hotel baru bangun. Apa lagi, meraung la.. Hehehe..

 

Cewahhhh.. Minnie mouse la..

Naim je yang dapat tengok. Iman dan Amin dah kelaut dah.



Next time boleh la try naik. Pegi siang2.

Lepas tu, balik hotel la. 
Ingat nak berjakuzi malam ni tapi last2 dalam mimpi je.
 See u tomorrow lah.. Hehe