Saturday, 18 February 2017

Sepetang di Ulu Bendul

Assalamualaikum..
12 Februari 2017
Lokasi: Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Alkisahnya tengah lepak2 kat rumah sewa Cik Kamsiah ni, tiba2 abang aku call, ajak join dia pegi berkelah kat Ulu Bendul. Kebetulan cuti umum sempena Thaipusam. 

Dah nak sampai baru nak call. Bukannya nak inform awal2. Kelam kabut la jugak. Mana sempat nak prepare apa2. Bila tanya, apa yang diorang bawak, dia boleh pulak tak tau sebab dia tak tengok Kak Lin mengemas. Tapi dia cakap nak bakar2 ayam, kalau ada nak beli pape, beli makanan ringan je. So aku pun pergi la kipmart, pusing2 takde yang boleh dibeli. Last2 beli limau je. Pastu singgah speedmart beli jajan. Hehehehe..

Ni port kitorang. Time aku sampai ni diorang dah separuh jalan bakar ayam, makan, berendam dah. Tengah tunggu second round. 

Muka2 orang yg tengah membakar ayam.
Kiri tu abang ipar Kak Lin, 
kanan tu adik dia.

Katanya aku nampak kurus. Yeke? 
Mula2 aku sampai diorang tak perasan orang tu adalah aku. Bila dah dekat masing2 jerit, yg tu aku. Patot la aku lambai2 dari jauh, diorang pandang pelik je kat aku.. Hahahahaha..

 Selfie sikit. Lama sangat dah tak jumpa budak2 ni. Tepat pilihan aku beli kacang tu. Rupanya diorang memang suka. Pilih kacang dulu daripada keropok.

 Ni la limau aku. Aku tak sangka la limau ni manis sangat2 sampai jadi sebutan dan rebutan la. Abang aku yang spesis tak makan buah pun makan berulang2. Elok dia nak amik yang ke 3, semua orang suruh dia stop. Sebabnya dia tengah sakit perut. Kang takut lagi teruk. Huhuhu..


Busy dengan makanan. Sedap Mee Sanggul diorang masak. Dah bertahun2 tak makan mee tu. Kena dengan ayam bakar, perghhhh.. lazat.. =) 

Dah makan, sambung lagi masuk air. Budak2 la paling seronok. Dah menggigil pun taknak naik lagi.

Aksi pelik 3 beradik.
 Kelakar gila la diorang ni. 

Tengok tu.. Mau tapi malu..

Time ni aku duduk2 je kat batu sambil celup2 kaki. Lepas tu budak2 ni dah tarik aku masuk dalam air, main percik2 air, sampai basah. Aku asalnya memang takde niat nak mandi. So memang takde bawak baju salin pun. Last2 basah jugak. Penyudahnya, biar kering gitu je.

Muka2 wanted yang dah membasahkan aku. Pengalaman baru diorang. First time mandi sungai. Next time boleh plan lagi ye. Pergi tempat lain pulak.

Yang paling kesian time ni adalah abang aku. Sebab dia tak sihat. Sakit perut. Makan pun taknak, hanya limau je. Lepas tu, dia tidur je. Takpe la, lain kali datang lagi ye. Hehehehe..