Assalamualaikum..
29 May 2016
Lokasi: Dewan Seri Kota, Taiping.
Harini seorang lagi sepupu aku selamat melangsungkan perkahwinan iaitu Amar, anak kepada Mak Nyan. Mak Nyan ni kakak kepada Abah aku.
Tengok bunting dia baru aku tau nama betul dia Akmal. Selama ni kitorang panggil dia Amar je.. hahahaha..
Kami sudah sampai.
Aku, Kak Lin dan Mak.
Auni dengan papanya..
Ni katering diorang. Sapa mau sila contact.
Ni geng aku, Kakak. Nasik tak nak makan. Keropok, jajan-jajan nak pulak. Walaupun aku kuat makan jajan, jangan cakap dia ikot perangai aku eh. Hahahaha..
Pengantin dah sampai.
Disebabkan kakak suka tengok pengantin, so kita tangkap gambo die dengan pengantin. Kreatif tak Achu dia?? Hehehe..
Me and my Mak. Dah pandai dah selfie weh..
Selfie dengan si kakak. Bukan dia yang ikot gaya aku ye, sebaliknya aku yang ikot gaya dia. Nampaknya dia lagi pandai bergaya depan kamera.
Selfie dengan adiknya pulak. Budak ni brutal ooo.. Main mainan budak lelaki..
Kak Ros, akak sepupu aku. Bukan Kak Ros upin ipin tu. Tidak sama sekali. Muahahaha..
Pop corn!!! I likeee... ♡♡♡
Sepupu jugak. Adik beradik Intan dan Sanah.
Ni aku laaa.. Malu pulak rasanya.. kikiki..
Dak kecik Rasul. Rupanya budak ni suka makan kuih yang warna hijau je. Kelakor la hang ni Rasul.
Ada orang tu bz dengan cendol dia.
Bawak Kakak bergambo kat photobooth.
Muah ciked!!!
Tak lepas dia dengan henfon tu. Dok main game Ginger. Huhuhu..
Pengantin makan time.
Ni adik-adik pengantin. Si Wani dengan Huda. Dok berkaroke.
Bapak mertua dengan menantu. So sweet..
Si Sanah pulak mengajak aku gi kat photobooth.
Aku takkan melepaskan peluang la kan.
Dengan sepupu aku, Kak Liza dan cucunya.
Dapat jugak menyelit bergambo dengan pengantin.
Dari jauh nampak Abah aku jalan dukung Naim. Tu maknanya family akak aku dah sampai.
Sorry Sanah, aku boh gambaq hang pegang botoi susu.
Aku, My Sis dan Iman.. Yehaaa...
Dengan kemunculan mereka, maksudnya geng dah sampai. Yang dua orang kecik ni pun jumpa geng. Si Auni dengan Amin. Aktif ya amat. Asyik hilang je.
Macam biasa la. Satu family amik port.
Makcik tudung kuning dengan pakcik yg berdiri sebelah Abah aku tu namanya Makcik Yah dan Pakcik Rahim. Dulu kecik2 aku pernah duduk dengan diorang. Siap aku panggil pakcik tu, Abah lagi tu. Hahhaa..
Cucu-cucu kesayangan Tok Wan.
Tok Wan sanggup keluar pergi amikkan bunga manggar tau.
Lepas kenduri tu, family abang aku pulang ke Puncak Jalil. Family kakak aku pulak ganti, balik rumah Mak Abah. Sebelum balik, kitorang singgah rumah Kak Ney, ada majlis tahlil. Suami dia baru je meninggal. Semoga beliau ditempatkan bersama orang2 beriman. Amin..
Itu sahaja kisah kali ni. Sekian.. Hehehehe..