Tuesday, 22 March 2016

Walimatulurus Aimi & Najmi

Assalamualaikum...
19 March 2016
Lokasi: Kuala Kangsar, Perak.

Selepas selesai majlis akad nikah, kitorang bergegas ke rumah pengantin. Pengantin nak bersiap untuk majlis resepsi pulak.

Masa nak masuk rumah, terjumpa Nabilah Ramli. Dah ada baby dah dia. Afifah namanya. Baik giler baby dia!!

Lepas tu, sorang demi sorang muncul dan memenuhkan bilik pengantin.

Dah ramai-ramai kat situ, memang kecoh la jadinya.
Macam adik beradik dah.

Lepas pengantin dah siap, kitorang semua bertukar port, pergi ke khemah pulak, makan time! Lauk sedap sangat. Ayam masak merah, dalca terung dengan gulai udang.. pergghhhh lazat bebenor.

Member baik aku a.k.a BFF si Puan Fadzilah tu sampai time aku tengah menikmati cendol yang sejuk dan menyamankan tekak aku. So biar dia makan dulu. Aku join diorang yang lain bergambo dengan pengantin.

Bergambo dengan pengantin.
Dari kiri ada Mira, Hanis, Saja, Pengantin, Pikah, Won, Wani, Jaja, Aqliah, Izzati..

Sesi di pelamin pulak.
Pikah, Wani, Fadzilah dan ehem2..
Aku pun tak ingat bila masa amik gambo ni. Tup2 jumpa kat fb Won. Hehehe..

Kali ni ada tambahan ahli.
Ada Jannatul dan Fadzilah. Semua sihat-sihat belaka. Nasib tak roboh pelamin. Hehehehehe..
Pengantin dah bangun, kitorang pulak duduk.
Haaa.. She is the reason why aku bertapa kat situ tak balik-balik. Dia dari Melaka dari malam tu. Naik train tapi train rosak. So dah terkandas. Asalnya kitorang nak jumpa time nikah tapi tak dapat. So aku tunggu la dia sampai dia muncul.
Aku dengan dia ni sangat berbeza tapi tak tau la macam mana boleh jadi bff. Time tu form 4, geng-geng assobiah aku semua tukar sekolah. So aku dah takde geng sampai la dia ni masuk sekolah aku. Mulanya budak-budak lain macam anti je dengan dia ni tapi aku pulak okey. Boleh masuk la. Dia pergi mana mesti aku ikut sekali. Alhamdulillah.. jodoh dia cepat. Anak nak masuk 2 dah.. hehehe.. opss tercerita panjang lebar pulak kan..
Apa-apa pun, aku suka goodies Aimi ni. Best! I like!

Takde banyak gambo pengantin sebab pengantin bz. Banyak gambo kitorang je. Maklumla masing-masing masih sama macam dulu, pantang tengok kamera. Kuang3.

To Aimi dan Najmi:
Selamat Pengantin Baru. Moga kekal berkasih sayang dan bahagia till Jannah.
Amin.

Monday, 21 March 2016

Pernikahan Aimi & Najmi

Assalamualaikum...
19 March 2016
Lokasi: Kuala Kangsar, Perak.

Kepak! kepak! kepak! 
kebom! Kebom! kebom!
Haaaa.. Selamat sudah kawan aku ni. Dia ni kawan sekolah aku. Tak sama kelas tapi sama batch dan sama meja kat bilik prep. Dia jugak selalu datang lepak kat bilik aku dan jugak katil aku.
Dan, demi Aimi ni, aku sanggup apply cuti, balik ke Perak... Terharu tak Puan Aimi?? Hahaha..

**Disebabkan ini majlis kawan sekolah aku, so nama-nama dan watak-watak yang muncul lepas ni semua adalah kawan sekolah aku dan juga mereka2 yang berkaitan dengan sekolah aku. Malas nak mention banyak-banyak kali. ^____^

Makanya, pada hari kejadian, pagi-pagi lagi aku dah bertolak dari rumah. Acara nikah dijadualkan pukul 10 pagi. Aku sampai Kuala Kangsar pukul 9.30pagi. So aku terus je tunggu kat masjid.
Pernikahan berlangsung di Masjid Ubudiah. Masjid ni terletak betul-betul kat depan sekolah aku. Setiap kali masuk waktu solat, kitorang dapat dengar azan berkumandang dari masjid ni.
Sekolah aku, Madrasah Idrisiah dari arah masjid. Gambo ni amik dari Mira.
Okey, inilah dia pengantin perempuan. Tengah nervous nak masuk masjid.

Sempat lagi kitorang bergambo kan. Siap gelak2 besar lagi. Lepastu, kena tegur dengan pakcik Aimi, pengantin kena ayu2, jangan gelak2 sangat... hahaha..
Yang sebelah aku tu Wani. Yang lain2 tu kawan Aimi, aku tak kenal pun tapi buat2 macam kenal. Kuang3..


Ok, itu dia.. Dinikahkan sendiri oleh Sir Rahman, ayah Aimi.. Dengan sekali lafaz, sah!
Tengah baca doa muncullah Mira bersama suami dan anak-anaknya..


Nampak benor malu nye diorang nih..
hahaha..
Amik turn bergambo dengan pengantin.
Aku dan Wani berdiri bawah econ sementara tunggu Aimi dengan sesi fotografi nye. Maklumla.. kitorang kan gadis-gadis peneman..
Buatlah apa yang patut sementara tunggu pengantin selesai sebabnya aku ditugaskan untuk bawak pengantin balik rumah. Dan dengan selamatnya aku hantar dia betul2 depan khemah.

Next, majlis walimatulurus...


Sunday, 20 March 2016

Geng KBJ @ Ulu Bendul

Assalamualaikum...
9 March 2016
Lokasi: Ulu Bendul

Alkisahnya Si Mort tiba-tiba cakap dia nak berendam dalam sungai. Kononnya sebab cuaca panas. So nak kena berendam, nak sejukkan badan.

So sebagai sahabat setia dan sejati, aku dan Teratai pun follow je lah. Tapi, syaratnya kitorang just celup-celup kaki je. Mort setuju. Makanya berangkatlah kitorang ke sana.

Dah sampai. Mort tengah survey port nak berendam.
Dia dah dapat port.
Muka puas hati.
Aku... Sambil celup kaki sambil menahan kegelian 'digigit' oleh ikan.. 
Cik Teratai.. Geng celup kaki je sama macam aku..
Muka serius. Bergosip je pun..

Dah puas Mort berendam, kitorang pun beransurlah. Pergi makan di Kedai Lembu. Sambung lagi bergosip.

Itulah dia KBJ kan..
Gosip itu makanan.. hahaha..