Thursday, 22 January 2015

My Birthday 2015: Geng 872

Assalamualaikum..
19 January 2015 @12.00am
Lokasi: Rumah Sewa Cik Kamsiah

Okey.. Malam tu, kitorang menjalankan aktiviti macam biasa. Geng2 872 ada beli Dominos Pizza.. So aku makan la.. Sedap pulak.. Lama tak makan.

Dah habis makan, kemas2, lepak2 sampai la dekat pukul 12. Aku pun ready la nak tido. Memang dah sampai waktu tido aku pun. Lampu pun dah ditutup. Tengah2 aku fefeeling dan hampir nak terlelap, tiba2 aku rasa ada cahaya terang. Lepastu, muncul la Ain dari arah dapur. Hahaahahaaa dia bawak kek, ada lilin...

Taraaa...  Versi ada lilin..
Versi takde lilin..

"Selamat Menyambut Hari Tua Ke 26 Jaja"
Ok.. kelakar pulak.. kek 2 tahun lepas pun ada perkataan tua. Tahun ni pun ada jugak. Mentang2 la aku paling tua kan. Kuang3.
Haaa.. Amik kau... Kelam kabut sarung tudung dengan sweater. Pastu kene pakai spek dengan topi pulak tu.


selfie wefie
Bismillah... Potong keknya..


Say cheese..
Ni masked rider gegurl
Yang ni pulak ultra-gegurl
Selamat...



Thanks Geng 872..
Surpise giler..
Nasib baik mak jemah belum tidur.. 
Hihihihihi



Monday, 19 January 2015

My Birthday 2015 : Geng KBJ

Assalamualaikum..
17 January 2015
Lokasi: Bawah Jambatan highway LEKAS
& Satay Samuri

Alkisahnya...

Aku tengah kemas2 barang nak balik keje tiba2 macam nak gugur jantung aku bila dapat call dari Mort suruh aku datang tengok dia kat bawah jambatan LEKAS. Bila tanya kenapa, tak nak cakap. Bila si Teratai datang amik aku, aku pun sampaikan la. So, kitorang pun pergi la situ.

Dari jauh dah nampak dah kereta Mort kat bawah jambatan tu. Dia dah siap tunggu kat tepi kereta. Rosak katanya.
Dia bukak bonet depan nak tengok. Lepas tu dia suruh aku ambil air kat seat belakang.

Aku pun pergi la cari air tu. Cari punya cari tak jumpa jugak. Tiba-tiba..... Hah!!
Aku nampak sesuatu. Blur kejap.
Hehehehe... Aku nampak benda ni.
Betol2 depan lutut aku.
"Epy Bfday In Advance Jajaq"

Ok.. baru la aku sedar aku dah kena prank.
Melompat2 aku time tu sambil tunjuk dalam kereta. Berdekah2 diorang gelakkan aku.
Ni semua rancangan berjemaah Mort & Teratai. Seronok nye diorang kenakan aku.
Nasib baik lepas tu nyanyi lagu epi beseday. So dimaafkan la..

Bergambo bawah jambatan.
Nasib tak de makhluk lain join.. kikiki

Lepas tu, park moto Teratai kat rumah, naik kereta Mort, gi makan satay.

Sambil tunggu satay, bukak kek dulu.
Ada tiga.. Sorang satu..
Pengarah & Penerbit drama bawah jambatan
Selpiaq
Atur2kan susun2 kasik cantik.
Makanam sudah tiba..
Marilah kita menjamu selera..


30 cucuk satay. Bajet sorang 10.
Tapi aku hanya mampu makan 8 je.
Nasik Goreng kampung pun share dengan Teratai. Mort pulak makan mee goreng. Rupa tak cantik tapi rasa boleh tahan.
Sambil makan tu aku dok merayu2 mintak nak tengok plan diorang. Akhirnya dapat jugak. Kelakaq gila la.. Nasib tak suruh ak tolak kereta betul2.. hahahaha..

Ape2 pun, thanks u olls..
Memang surprise sangat..
Terharu i tau..
(^___^)y




Nota kaki:
# Si Teratai jemput aku balik keje naik moto.
Aku pulak jenis penakut naik moto. Gigil2. Turun je dari moto melelong2. Tak seimbang. Macam angkasawan di bulan. Pastu, da tangan yang tolong pegang lengan aku. Tak tau sape. Antara Mort atau Teratai.

Saturday, 17 January 2015

Double Trouble Di Public Holiday

Assalamualaikum..
14 January 2015
Lokasi: Pharmacy SSH

Dikala orang lain seronok bercuti di public holiday, aku dan Teratai kene keje double shift. Satu kombinasi yg hancus.. 
Patient berderu2.. Macam keje di hari biasa. Huhuhuhu..

Awal pagi tu tenang je.. 
Boleh makan2 nasik lemak kirim kat Zimi, 
Boleh bancuh2 kopi, 
Boleh selfie2..

Hahaha... Nak tepek gambo lah..
♡♥♡♥♡♥♡

Test.. Test..
Try apps Cymera plak..
Dah lama install tapi jarang guna.
Muka bosan dok kat store..
Fish Eye tapi Ain cakap macam tikus..
Tikus??? Yeke???
kuang3..
Tengok blog sendiri..
*Ni time betol2 takde petient baru berani bukak ni. Tu pun semata2 nak amik gambo ni je. Betol... Percayalah..
Sini memang port feveret nk bergambo.
Ya Ampun... huhuhu..
Semakin merapu.. kikikiki
Ok.. habis dah..


Rasanya gambo ni asyik nampak
 Hitam & Putih je..
Kalau la White Coat tu kaler pink ke ijo ke musti meriah.. hahahaha..

Dah abis selfie2, mengadap la keje sampai ke malam. Discharge banyak, admit banyak, outpatient banyak..  Pendek kata memang banyak la haritu.. huhu..

Ok bye.. =)

Friday, 9 January 2015

Ais Krim Pasu The Anne Wordrobe

Assalamualaikum...
9 January 2015
Lokasi: Kedai Vendor The Anne Wardrobe

Alkisahnya semalam 8 January 2015, 
aku ada pergi buat roadtax kat Produa Seremban. Biasanya ambil masa 1 hari nak siap. So, harini Ika & Teratai jemput aku balik kerja then terus nak pergi ambik roadtax tu. Masalahnya dari pagi aku tunggu Produa call tapi sampai aku balik kerja pun takde sebarang call. 3 kali aku call pun langsung tak berjawab. Last2 aku suruh Ika call kan. Dan2 la berjawab pulak.. huhu.. 
Orang tu cakap runner diorang yang uruskan tu belum balik ke Produa. So, petang sikit baru boleh ambik. Mayb sebab hari Jumaat kot. Masa terlampau singkat. So aku paham la.

Makanya untuk memenuhi masa yang ada, kitorang pun jalan2 la kat satu kedai berkonsepkan vendor ni. Haritu Ika pernah cari kedai ni tapi tak jumpa. Harini rezeki la dapat jumpa.

The Anne Wardrobe
 Vendor Boutique & Cafe
Siap dirasmikan lagi tu..
Menu hari ni..
Mata aku nampak yang bawah sekali tu je.
Jom naik..
Kena tekan loceng, lepas tu bolehla masuk..
Dalam kedai vendor macam biasa la..
Macam-macam ada..
Ika & seluar kotak2..

Iman.. Bos kecik..

Dah habis tengok barang2,
Try makanan pulak..
Nak makan laksa, tapi dah habis.
Nak makan Aiskrim Pasu pun dah habis. Tapi tuan kedai cakap dia boleh adakan aiskrim. So kitorang pun tunggu la.
Teratai try Meat Ball..
Sebagai seorang yang tak gemarkan daging, aku rasa ok2 je la rasa dia..
Taraaa... Aiskrim Pasu..
Ais krim coklat kat tengah2..
Yang macam tanah tu oreo..
Kat bawah sekali kek coklat..
3 Pasu.. Sorang satu..
Satu untuk Aku
Satu untuk Ika
Satu untuk Teratai


Dah amik gambo solo,
amik gambar berduet pulak..
Hadoi.. Rasa sayang nak makan..


Yeah.. kosong sudah..
Walaupun sayang nak makan, tapi berjaya jugak habiskan.. hehe..

Si Teratai sure la tak habis.
Ika yang jadi tukang perabih..

Dah abis makan bayar la.


Selfie kat tangga..
Foto gedik.. hehe


Dah abis tinjau2 teruskan dengan tujuan utama. Alhamdulillah.. roadtax aku siap dengan jayanya.. haha




Nota kaki:
# Lokasi kedai terletak di Taipan 2, Senawang deret2 dengan Romantika.