Thursday, 30 October 2014

Walimatulurus Mona & Arif

Assalamualaikum..
25 October 2014
Lokasi: Sentul

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru kita ni.Didoakan semoga berbahagia hingga ke jannah. Amin..

Mula2 berat jugak la aku nak pergi kenduri ni. Satu, sebab aku kerja malam, kedua sebab jauh dan tak tau jalan. Kang sesat pulak. Tapi disebabkan pengantin perempuan ni adik kepada abang ipar aku, aku gagahkan jugak diri aku ni pergi. Tambah2 lagi, Mak Ecah iaitu mak diorang beria2 jugak suruh aku datang. Huhuhu..

Last2 amik keputusan naik komuter je.
 Confirm tak sesat. Hahaha..
Ditemani cik adik kita, Ain.
Pagi2 pukul 9am Teratai hantarkan kat stesen Senawang..


Selepas 2jam setengah sampai lah kitorang kat stesen Batu Caves. Mak & Abah amik kitorang kat situ.. Saing2 dengan Kak Liza & Abang Mat.. Diorang dari rumah Mak Long kat Selayang.


Makan time... cheating diet...

Pengantin sampai... Cantiknya...
Makeup cantik... Baju cantik... waaaah...
Sedap Al-Amin dok atas Acik Ain ye...
Penat dukung..
Masukkan dalam stroller..
With my only kakak

Time ni abah cakap dia nak balik berehat ke rumah Mak Long. Dia bawak Amin sekali dengan alasan supaya Amin tak rimas duduk lama2 kat situ. Yeke? kikikikiki...

So aku stay kat situ.
Tunggu big bro aku yang tak muncul2.

Apabila benda2 ni dah dijumpai...
Maka bermulalah sesi2 perah santan..
Isi masa lapang..



Kakak Picah.. Single or Wifey??
Ini amoi jumpa kipas pulak..

Kita pun nak kipas jugak..
Gaya kuak kura-kura
Tengah berposing dengan fotografer majlis.
Digigitnya benda tu..
Nasib elok je... tak lingkup..
Adik beradik lain mak lain bapak.

Macam cantik jer...
Macam comel jer...

Sesi memotong kek..

Tak lama lepas tu baru lah family big bro aku sampai. Dekat pukul 3pm jugak la..
Kakak Amani
Mula2 Kakak Amani macam malu2..
Maklum la.. Dah lama tak jumpa..
Lepas tu sesi bergambo atas riba Achu.
Betol2 kena henyak sampai dah tak boleh nak imbang badan. Hampir terduduk dibuatnya.
Sama tak??
Happily Ever After... =)
Auni with Acik Ain..
Kami famili..
Kami semua spiesis bulat..
Ahahahaha...
Bergambar dengan pengantin.

Selfie sebelum balik.

My Big Bro hantarkan kat Stesen Batu Caves.
Naik komuter balik ke Senawang.
Punya la slow train nye..
Ada masalah kot.
Dalam hati ni dah risau dah kot2 sampai lambat sebab malamnya nak masuk kerja.
Nasib baik la pukul 6 dah selamat sampai rumah.. Tapi tak boleh nak lelap langsung.

Hasilnya.. malam tu kerja dengan mata yang tak berapa boleh nak dibuka... huhuhuhu..



Tuesday, 21 October 2014

Dinner Talk @Royal Bintang

Assalamualaikum
19 October 2014
Lokasi: Hotel Royal Bintang, Seremban

Kitorang dapat jemputan dari Ms.Chee,
 Sale Rep Boringher untuk dengar talk tentang Linagliptin & Management of Diabetic Neuropathy.
Disebabkan aku & Mort je yang free, so kitorang pergi berdua je lah..

Parking kat luar penuh, so terpaksa la park kereta kat parking berbayar.
RM2 per entree..

Lepas tu terus la masuk ke dalam.
Cari punya cari tempat, akhirnya jumpa la tempatnya. Dalam bilik Labu
Then terus register.
Dah register, dapat la sorang satu paper bag.
Dalam tu ada la pamplet2 ni..
Sesi talk sedang berlangsung.
Ada jugak doktor yang kitorang kenal.
Dr.Chong, Dr.Chandra, Dr.Yang & Dr.Phang.

Aku & Mort masing2 tengok je talk ni.
Rasa macam dengar kuliah masa zaman belajar dulu. Siap tunjuk gambar kidney, macam mana gula diproses dlm badan, macam mana ubat ni bertidak semua.
Sebijik macam dalam kuliah lah.
 Ok la.. ada jugak info yang masuk kat otak aku ni walaupun bukan 100%. Maklumla... kitorang ni bukan nye doktor or pharmacist macam orang lain. Just mewakili bos je..

Lepas tu...
Menikmati dinner..

Mort berselera makan.
Makanan yang kena dengan tekak dia.
Ada ayam.. Ada daging...
Muka aku yang akhirnya mampu terseyum.
Mana tak nya.. Sebelum makan tu tiba2 aku rasa sesak nafas. Sakit dado den..
Lepas minum teh suam tu hampir habis secawan baru rasa lega..
Sejuk sangat tempat tu.. Aku pulak memang allergik dengan suhu sejuk melampau.

Desert time.. ♡♥♡♥♡
Red Velvet Cheese Cake, Coconut Tart,
Honey Dew Pudding & Chocolate Mousse..
Yang Mort punya aku tak ingat sangat dia amik apa. Seingat aku dia amik marsmalow celup coklat, kek coklat dengan buah betik.. hahahahaha...

Lama jugak kitorang lepak kat situ sambil sembang2 dengam Ms.Chee...
(Lupa plak nak snap gambar dia)

Selfie dulu sebelum balik.

Posing menggayakan kurti.
Demi menyokong bisnes kurti si Mort
(Instagram Mortal Jingga)
Tauke kurti... hehehe..

Dalam lif,
Turun ke parking.
Keluar. Balik. Bye2...