Sunday, 13 November 2011

Fasa Baru Bermula

Assalamualaikum... hai hai hai...
Warghhhh.... rindu nak blogging... huhuhuhuhu...
Ade tak orang rindu kat blog ni eh? 


(^__^)y

Okey.. Di sini saya nak mengumumkan yang saya sudah diterima bekerja sebagai Pharmacy Assistant (PA) di Senawang Specialist Hospital, Negeri Sembilan dan telah memulakan tugas pada 1 November 2011.
Alhamdulillah...

Agak kekok nak bekerja selepas setahun menanam anggur. Otak pun dah berkarat. Balik kerja kena study balik. Banyak yang dah lupa. Masa lapor diri tu ada seorang lagi PA masuk sama-sama. Nama dia Farah. Tapi dia dah pernah kerja kat farmasi retail. So nampak macam dia tak sekekok aku la.

Untuk tempat tinggal pulak, aku dapat hostel.  Nama je hostel tapi bukan hostel. Sebenarnya tu rumah owner hospital ni. Tapi disewakan biliknya untuk pekerja. Satu kepala RM150 termasuk api air. Masa aku datang, master bedroom tu ada seorang je penghuni. So aku pilih la bilik tu. Ada 2 katil double decker.. Maknanya muat untuk 4 orang. Esoknya yang lagi 2 orang tu masuk. So, penuh dah bilik tu. Diorang semua Staff Nurse. Yang penghuni lama tu Kak Ada. Yang lagi 2 orang tu Ika dengan Tiha. Yang bilik lain tu tak kenal sangat. Satu bilik tu staff physio, Ain Atiqah dan Ain Syamira. Dua-dua nama Ain. Satu lagi bilik Staff Nurse jugak, Ana dengan Kila. Haaa... Ramai betul duduk satu rumah.

Susah nak cari makan kat sini. Kawasan orang kaya-kaya... hahahaha... Aku pulak takde transport. Pergi balik kerja jalan kaki. Tak la jauh sangat tapi berpeluh-peluh la jugak. Ada la 2 je kedai makan. So balik kerja tapau siap2.    Selama beberapa hari ni itulah rutin aku. Sekian, terima kasih. Hehehehe...

Sunday, 9 October 2011

Selawat Syifa

Assalamualaikum...
Ok, kali ni nak berkongsi pasal kelebihan Selawat Syifa. 
 Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Perkataan Syifa' sendiri membawa maksud penawar/penyembuh. 
Baca Surah Al-Fatihah diikuti dengan Selawat Syifa
setiap kali selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali, 
kemudian sapu ke muka dan seluruh badan:

Antara Fadhilat/Kelebihannya:
  1.  Menyembuhkan/melapangkan/melembutkan hati
  2. Menyihatkan tubuh badan.
  3. Mencerahkan penglihatan
  4. Terhindar daripada penyakit.
  5. Menenangkan fikiran dan kebuntuan
  6. Dan pelbagai penyakit lain. Rujuk kat Darussyifa. 

Selain tu, banyak-banyakkanlah berselawat ke atas nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""



    Rujukan: 


    Yakinlah Allah itu Maha Penyembuh Segala Penyakit.

    Friday, 30 September 2011

    Hadiah Segmen Gadis Blogger: Thanks, Cik Eva!

    Assalamualaikum... haloo...
    Ha.. ingat lagi tak segmen ni? 


    Segmen yang dianjurkan oleh Cik Eva sebagai platform untuk gadis-gadis blogger berta'aruf sesama sendiri. Wah... power tak ayat? Hahaha.. 

    Segmen ni dah tamat dah, 31 August 2011 hari tu.
    Dah diumumkan dah pun pemenangnya kat SINI. Akulah salah seorangnya. hehehe.
    So, nak dijadikan cerita, ada satu malam tu, tengah ber'sms dengan Cik Eva,
    ada satu sms dari hotlink masuk.


    "24/09/11 @ 12:10AM, 017-xxxxxxx was topped up with RM10. Ref No:yyyyyyyyyy"

    Aku pun pelik la, sape pulak la yang tersalah topup ni. Lepas tu, masuk lagi sms
    "Yunk, klu topup dh masuk, gtau eva ye" Lebih kurang gitu la ayat nye.

    Ooooo.... rupanya Cik Eva yang masukkan. hehehe.  
    Thanx ye Cik Eva... Luv u.. Fren 4 eva k... ^__^



    p/s: Lega... Tak payah topup dah... Hehehe

    Tuesday, 6 September 2011

    Iman & Amani di Aidilfitri

    Assalamualaikum... hai sume! 
    Selamat Hari Raye!
    Yeay! tahun ni Iman & Amani 1st time sambut raye

    Kisah2 Iman & Amani sebelum ni

    Meh tengok sikit gelagat diorang.
    (sekarang diorang dah berusia 3 bulan ye)

    Amani dah macam princess.. ^__^

    Baju kurung saiz yg paling kecik, tapi tetap besar untuk Amani... hehe

    Ni lagi la macam princess... kan kan kan?

    Iman dan duet raye nye... hehe

    Gaya 'peace' Iman..

    Buat muke comel pulak dia... haha


    Haaa... tu la dia gelagat 2 orang budak kecik ni mase hari raye..
    hehehehehe ^__^y

    Thursday, 1 September 2011

    Hidangan Istimewa @ AidilFitri

    Assalamualaikum.... =)
    Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya 2011...

    Bila ade perayaan, makanan la paling seronok kite nak tengok kan.
    haaa... orang raye makan lemang ketupat kitorang makan pizza...
    Ni sebelum dimasukkan ke dalam oven...

    Ok, ni selepas dikeluarkan dari oven

    Siap untuk dimakan... hehe

    Bihun @ Mihun Bakso
    Yg dimakan oleh saye.
    Ni Mak Ucu yg buat nie. Die memang orang Indonesia.

    Mee Bakso
    Yg dimakan oleh akak.
    Dia suke mee, so dia pilih mee la. haha

    Bihun + Mee Bakso
    Yg dimakan oleh my twin.
    Dia memang suke buat pelik2 gitu, campur bihun ngan mee... huhu.

    Nasi Lemak + Nescafe O
    Istimewa ke hari raye makan nasi lemak?
    Haha boleh la kot eh, sebab makan dengan rendang kerang... =)


    Yeah sikit je gambo yg sempat diambil.
    Macam2 makan sebenarnye, tapi semangat sangat makan.
    Terlupa nak snap gambo.. huhu


    Wednesday, 31 August 2011

    Salam Merdeka Raya

    Assalamualaikum... helloo.. (^__^)y

    Di sini saye ingin mengucapkan 
    Selamat Hari Merdeka ke 54
    gambo dari google

    dan
    Selamat Hari Raya Aidilfitri ^__^y
    gambo dari pakcik google

    Semoga hidup kita diberkati oleh-NYA
    ameen... ^__^y

    Friday, 5 August 2011

    Cik Froggie, Maafkanlah saye...

    Assalamualaikum...
    Ape punye tajuk daaa... hehe..
    Sebenarnya ade kisah nak story nie...

    Tadi, (4/8/2011), mase nak pegi tarawih,
    Mase nak tutup gate rumah,  ternampak 1 objek lembik2 kat situ.
    Then, pegi la tengok dekat2, 
    rupa2nye katak!!


    Mula2 buat tak tau je, tapi lepas tu nampak ade darah atas lantai
    rupa2nye abah dah tergelek katak tu ngan kereta.
    (kan gelap, mana nampak)
    huhu nak kata suke katak, tak la sangat. Tak jugak benci, 
    tapi ade rase sebak. kesian sangat2.

    Then masuk je dalam kereta dan tak pedulikan katak tu,
    sebab mase tu die hidup lagi. ingat kan tergelek sikit je,
    tapi bile balik, katak tu still ade lagi kat situ dan dah mati..
    (nie la kot dinamakan mati katak)

    Bile tengok katak tu, otomatik teringat blog Diari Si Froggie...
    Aida, sowi ye, bile ingat katak, akan ingat awak... hehe 
    Ingat katak, ingat Aida...
    (dah macam tagline pulak) hehe...
    Jangan marah yer...  


    p/s: ce kire berape banyak katak dalam entri nie.. 

    Wednesday, 3 August 2011

    Muzium Teddy Bear

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera... (^_^)y
    Haaa.. Excited tak tajuk nie? Boleh la... kan... hehehe

    Okey, selalunye Teddy Bear ni merupakan salah satu barang kesayangan kaum hawa, tapi tak dinafikan ade jugak mereka2 dari kaum adam yang sukakannye.. kan kan kan? 

    Sebelum tu, jom tengok sejarah nama Teddy Bear.
    Pada 14 November 1902, Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 iaitu Theodore (Teddy) Roosevelt telah membantu menyelesaikan masalah berkenaan sempadan di daerah Mississippi dan Louisiana. Semasa menghabiskan waktu lapangnya dengan berburu, beliau telah menemui seekor beruang muda yang cedera.

    Keprihatinan beliau ke atas beruang itu telah memberi inspirasi kepada pelukis kartun politik, Clifford K. Berryman melukiskan ilustrasinya di akhbar The Washington Post. Pada mulanya, beliau melukis wajah beruang yang ganas. Namun, beliau menukar bentuk wajah beruang itu kepada bentuk anak patung yang comel.

    Kemudian, Morris Michtom (pembuat permainan beruang) dan isterinya telah menghantar seekor patung beruang kepada Roosevelt. Dia meminta kebenaran daripada Roosevelt untuk menggunakan nama presiden itu. Presiden itu bersetuju dan sejak itulah patung beruang diberi nama Teddy.

    Berkenaan Muzium Teddy Bear, ekceli pada tahun 1984, bertempat di Petersfield, Hampshire, England telah terdirinye sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai bentuk Teddy Bear. Tapi muzium ni dah ditutup pada tahun 2006.
    Selain tu, ade jugak muzium2 yg bertema serupa, di tempat2 lain.
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<   

     Korea Selatan
    Kat Pulau Jeju di Korea Selatan ade Jeju Teddy Bear Museum
    Ia dibuka pada 24 April 2001 dan masih beroperasi. 
    Sesape pernah tengok drama korea Princess Hour mesti pernah tengok bear ni.
    Ia antara bear yang dipamerkan dalam muzim tu. 
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

     Jepun
    Kat Jepun pulak ade banyak. 2 diantaranye adalah 
    Izu Teddy Bear Museum dan Nasu Teddy Bear Museum

    Izu Teddy Bear Museum 
    Dah dibuka sejak tahun 1995 lagi.
    Alamatnye: 413-0232, 1064-2 Yawatano, Ito-shi, Shizuoka


    Nasu Teddy Bear Museum ni terletak di alamat: 
    1185-4, Takakuhei Nasu-machi Nasu-gun Tochigi-ken, Japan.
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

    Hawaii
    Yang ni pulak kat hawaii.


    Terletak Kalakaua Avenue -Waikiki- Hawaii
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

    United Kingdom


    Teddy Bear House di Dorchester, Dorset, United Kingdom
    Susun atur dibuat macam dalam rumah. So disamping kite boleh tengok teddy bear, kite jugak boleh tengok gaya kehidupan mereka. 

    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
     So, nak pegi tak? Jom? hehe. Ade banyak lagi Muzium Teddy Bear kat seluruh dunia (google jer k). Tapi kat Malaysia takde la. Tapi korang perasan tak dalam gambo tu semua, teddy bear yg dipamerkan dipakaikan dengan pakaian tradisional negara masing2. Dengan itu, secara tak langsung kite akan dapat tengok budaya negara tu sendiri. So, agak2 kalau kat Malaysia ade, macam mana rupa nye kan. Mesti bear tu dipakaikan Baju Melayu dengan songkok, Baju Kurung, Kebaya, termasuk la pakaian bangsa lain termasuk Sabah Sarawak punyer, mest comel kan. hehehehe


    p/s: rasenye ni la entri paling panjang setakat nie. (^_^)y

    Kisah Dongeng


    Assalamualaikum... hai hai hai... (^_^)y
    haaa... ni xtau la ape nak jadi.
    tengah2 bulan pose ni asyik melayan lagu ni je..
    Macam best la pulak....
     >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

    Stacy – Kisah Dongeng

    Ku sedar ku tak seberapa
    Jika dibanding mereka
    Yang Jauh lebih megah dari diri ini

    Apa yang mampu ku berhias
    Hanyalah hati yang ikhlas

    Terpendam simpan untuk dia yang sudi

    Mencintai aku dengan seadanya
    Mencintai aku bukan kerana rupa
    Dalam waktu sedu
    Dalam waktu hiba
    Kuharapkan dia rela

    Mencintai aku dengan seadanya
    Sanggup menerima insan tak sempurna
    Atau mungkin cinta sebegitu hanya
    Kisah dongeng saja

    Belum pernah ku merasakan
    Dipeluk dalam dakapan
    Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
    Sanubariku memerlukan
    Kehadiran seorang teman
    Tulus mencurah kasih sepenuh hati


    very tacin meh...

    Tuesday, 2 August 2011

    Selamat Berpuasa Ye Kawan2

    Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...
    Di sini saye ingin mengucapkan selamat berpuasa 
    kepada semua kawan2 yg beragama islam. 
    Tentunye yg bukan beragama islam pon merasai 
    keseronokan suasana bulan ramadhan kan =)


    Semoga Ramadhan tahun nie lebih mendekatkan kite dengan Yang Maha Esa.
    Semoga ibadah nie diterima dan diberkati oleh-NYA
    Amin...

    Friday, 29 July 2011

    Yang Tersayang- Iman & Amani

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera...
    Baru balik dari melawat anak2 buah.
    Amani baru seminggu keluar inkubator. 
    Iman pulak dah sembuh dari demam kuning..

    Ni saje je nak tunjuk gambo. hehehe

    Alya Amani
    Dalam gambo je nampak besar. Yang real nye kecik sangat3. 
    Panjang lebih kurang dari siku ke hujung jari je.
    Berat baru 2kg.

     Kashfu Nur Iman
    Susah nye nak snap gambo die pakai topi.

    Amani & Iman
    Betapa berbezanya budak yang lahir tak cukup bulan dengan budak yang lahir cukup bulan.

    Sunday, 17 July 2011

    kenapa mesti 10:10

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera.. :) :) :)
    Aku terperasan something, kebanyakan jam dalam gambar iklan ke ape ke selalunye 
    jarum pendek kat nombor 10 dan jarum panjang kat nombor 2
    yang bemakna waktu 10:10
    Kenape ye?
    Yup, sebab ia seolah2 jam tu sedang tersenyum...
    Hahahaha... kelakar...

    Saturday, 2 July 2011

    Selamat Ulang Tahun, kawan2...

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera...
    (^_^)y

    Sungguh terharu bila terima sms dari seorang membe ni...
    "Selamat Ulang Tahun Perkenalan Kita Yang Ke-4"
    Then, tengok balik tarikh hari ni (semalam), 
    1 Julai 2011..
    Yeah, tarikh perkenalan kitorang adalah pada 1 Julai 2007..

    1 Julai 2007 adalah tarikh pendaftaran kitorang di IPT
    Mase mula2 kenal, masing2 malu2 kucing..
    Lepas tue, sume pon tunjuk taring... hehe
    Jom tengok beberape gambo kenangan kitorang..

    Ni mase kitorang conduct program orientasi untuk junior2 kitorang..
    Kitorang baik, x buli pon... sikit2 je... hehe
    Kat kawasan rekreasi Ulu Chepor, Perak.



    Yang ni pulak bergambo kat depan rumah kawan kitorang, Ijat
    Die bawak kitorang makan buah kat dusun buah family die..
    Kat Baling, Kedah.


    Haaaa.. yang ni gambo mase program Riang Ria Mentor Mentee
    Jamuan Raya + Perjumpaan Mentor Mentee..
    Kat kolej di Ipoh, Perak


    Yeah!! Akhir sekali, kitorang berjaya menamatkan pelajaran..
    Seronoknye konvo!! Nak lagi, kena la sambung belajar lagi..
    Berlangsung di tempat yg cantik, di PICC, Putrajaya..


    Kepada sahabat-sahabatku,
    Selamat Ulang Tahun Perkenalan Kita Yang Ke-4
    Semoga ukhwah yang terbina kekal hingga ke syurga... Amin Ya Rabb.

    Thursday, 30 June 2011

    Tenkiu

    Assalamualaikum...
    Fuh, setelah penat mencari punca masalah, akhirnya selesai jugak.
    Masalahnya adalah tak boleh nak bukak blogger.
    Katanya 'error' la 'too large' la...

    Terima kaseh banyak3 kepada:
    Cik Kyra dan Cik Miraedora
    Kerana telah memberi jalan penyelesaiannye.
    Caranya dengan  clear kan cache/cookie

      Pergi browser tools > option> privacy> clear history> tick semua kotak tue.

    Lepastu dapat la bukak blog ni dengan senang hati. hehe

    Saturday, 25 June 2011

    Akan Datang... Kenduri Aqiqah

    Assalamualaikum... Hai Hai Hai :) :) :)
    Hari ni family kitorang bakal sibuk dengan persiapan menjelangnya majlis aqiqah esok,
    Untuk anak2 saudara kesayangan tu.


    Majlis akan dimulai dengan acara khatam Al-Quran diikuti dengan Tahlil
    Diharap majlis akan berjalan dengan lancar.
    Hope makanan pun mencukupi.. hehehe :)

    Wednesday, 8 June 2011

    Petua Kurangkan Demam Kuning Bayi

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera..
    Dah beberapa hari ni keje mencari petua untuk demam kuning je..
    Semua gara-gara anak sedara yg terkena demam kuning..

    Macam2 petua ade... hehe


    1. Sengkuang Cina
    Sagat/parut sengkuang cina, then perah, 
    ambil air nye dan beri baby minum dlm 1 sudu kecil gitu.


    2. Kucai
    Ramas2 daun kucai, then air nya campur dengan air mandian baby tu, mandikan.
    selepas mandi x perlu dibilas dengan air biasa pula. Biarkan kering.


    3.Daun Inai
    Rebus daun inai. Kemudian mandikan baby dengan air rebusan tu. 
    Juga x perlu dibilas dan biarkan kering.


    4. Asam keping
    Rebus asam keping sehingga hancur. Air rebusan tu, mandikan baby. 
    Macam biasa, x perlu dibilas.
    Kalau ikut petua orang tua2, rebus ikut nombor ganjil. 
    Hari pertama 3 keping, hari kedua 5 keping, 
    hari ketiga 7 keping dan seterusnya sampai sembuh. 
    Sebab nye wallahualam, x tau la pulak.

    5. Bunga Jasmine/Melati
    haa.. ni de jual kat kedai sensei aka kedai ubat cina.
    Ade ubat dlm uncang. Just rebus je then, air tu mandikan baby.
    Bahan utama nye adalah bunga melati yg dikeringkan. 
    Baunya macam teh bunga yg kite minum tu.
    Alhamdulillah, lepas Iman guna ni, kuning nye dah kurang.


    6. Daun Pegaga
    Cara nye, blander daun pegaga tu, lepas tu tapis.
    Untuk ibu, air nye tu minum la.
    Untuk baby, just titiskan ke dalam mulut. Setitis dua je.


    Macam2 kan..
    Tapi ape2 pun susu ibu adalah penawar paling mujarab..
    Ibu2 dinasihatkan menyusukan baby sekerap yg boleh.
    Petua2 ni sebagai alternatif kite.. selagi boleh try la..
    Hasil nye hanya Allah yg menentukan..
    Wallahualam... :) 

    Thursday, 2 June 2011

    Dengan ini, memperkenalkan...

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera...
    Jeng.. Jeng.. Jeng... Dengan ini memperkenalkan,
    Ahli baru family kitorang... Yeah..

    Haa... ni la Alya Amani...
    Kecik je kan.. Maklum la, pra matang..
    Hari ni usia nye dah masuk hari ke 11...
    Semoga cepat besar dan sihat2 jer... muahhh!! :)
    (Alya Amani dah bukak mata & tersenyum)
    Yeay! ni pulak Baby boy...
    Semangat betol badan nye.. pipi tembam..
    Hari ni, usia nye baru 3 hari..
    Masih belum di beri nama... 
    Semoga sihat2 sentiasa, dan membesar dengan baik..
    (budak ni nak sentiasa didukung, kalau x mesti nak nangis... hehehe)

    Tok & Tok Wan diorang ni bukan main hepi lagi..
    Ape tak nye, dapat 2 cucu serentak..hehehe
    (Achu nye pon....)


    So, akhir kata, semoga baby2 ni sihat
    dan semoga mama2 baby pon sihat... Amin...


    Tuesday, 31 May 2011

    --Baby Boy--

    Assalamualaikum... Salam sejahtera...
    Yeay!! hari ni dapat lagi seorang anak saudara...
    Alhamdulillah... my akak selamat melahirkan baby boy yg temban pagi tadi...
    baby boy ni berat nye 3.4kg, memang debab...hehe

    Nama nye belum lagi diberi...
    Mana tau kot2 dekat2 dengan nama baby Amani kan..
    Buat masa ni panggil dia baby boy dulu..
    Tapi yang kelakar nye, baby boy ngan baby Amani ni betul2 copy paste.
    Baby Amani copy paste muka mama dia,
    Baby boy pulak copy paste muka papa dia..
    So sweet.....hehe...

    Ok la, tu je nak cite... bai bai...



    Monday, 30 May 2011

    Amani

    Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Hai hai hai...
    kenape tajuk entri ni "Amani" eh?

    Ekceli kitorang 1 family tengah tunggu kelahiran cucu sulong family kitorang. 
    Akak saye dah cukup 9 bulan kandungannya. 
    Tup2 akak ipar yg pregnant 7 bulan tiba2 terpaksa di operate sebab tekanan darah yg terlampau tinggi... 
    Maka pada 23 May yg lepas lahir lah baby tersebut sebagai cucu sulong. 
    Baby girl dengan berat hanya 900g je.
    Sekarang masih ditempatkan dalam inkubator.
    Baby tersebut dinamakan Alya Amani.

    So teringat sebuah lagu bertajuk Amani. Nanti baby Amani dah besar boleh bagi dia dengar lagu ni. hehehe...

    Buat Amani, Achu doakan semoga sihat dan cepat membesar. So cepat2 boleh keluar dari inkubator. Boleh balik rumah Tok dan Tok Wan. Ramai orang dah tunggu nak jumpa ni.

    Amani

    Album : Hikayat Cinta
      Penyanyi: Amar


    Tangisan sanubari telah terhenti
    Kala suram suria memancar sinarnya
    Pertemuan seindah bayangan firdausi
    Menjadi zikir kasih yang suci


    Lukisan dua jiwa menjadi satu
    Terkenang detik bertemunya kau dan aku
    Santun berhikmah mengingatkan diri
    Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


    Mengenggam janji cinta ini
    Bertemu kasih tanpa jasad
    Bicara tanpa suara
    Hanya tulisan bahasa indah


    Mengeratkan antara kita
    Hinggalah ke akhirnya


    Kau ku sanjung kerna pengorbanan
    Bagai puteri di kayangan
    Tika ku lesu hadapi hidup
    Kau hembuskan nafas semangat
    Penawar hati



    p/s my akak  telah dimasukkan ke wad kelmarin. kite tunggu 2nd baby. semoga kedua2 ny, ibu dan baby selamat. amin...



    Monday, 16 May 2011

    Oh Sutera Bidadari>>> Best!!

    Assalamualaikum... Salam Sejahtera...

    Akhirnya Novel Sutera Bidadari dah selamat berada dlm tangan..
    Dah selesai baca pun..
    Memang terbaik la...


    Di sini, bukan nak buat sinopsis, sebab sinopsis tu boleh dapat kat mana2 pun, tapi ade la sikit2 nak kongsi part2 yg dirasakan menarik.

    1. Sadik
    Sangat la terkejut dengan kematian Sadik ni. Sangat2 x sangka. Tergamam kejap mase bace tu. Sadis betol la bila dia mati dengan cara macam tu. Dibunuh oleh manusia yg makan manusia. Tak pasti disembelih ke ditusuk kat leher tu.. tapi memang kejam la..


    2. Taghut
    Yang ni buat rasa terharu pulak. Time Taghut aka Raja Roman ni mengucap syahadah. Lepas tu dia mintak maaf kat Luna sebab dia dah bunuh Munik, suami Luna. Satu lagi terharu dengan cinta dia kat isterinye, Permaisuri Sutera. Walaupun kejam, tapi bab cinta, dalam hati ade taman tu. hehe..


    3. Saifullah
    Suka part yg Saifullah nak selamatkan Elizabeth. Dia lari2 sambil buka coat, then terkeluar la sayap dia. Fuh, rupa2 nye dia adalah Indera, makhluk berbangsa Polip yg bersayap. Mantop... mantop... Rase2 Indera/Saifullah ni mesti hensem kan.. :)



    4. Sang Dewi
    Masa Sang Dewi terdampar kat tepi pantai tu. Lepas tu datang si Losai dan Jingga. Losai pijak perut Sang Dewi. Aduh, kesiannya... Mesti sakit... Lepas tu diorang ikat tangan dan kaki dia. Then bila Sang Dewi bertukar jadi makhluk sumpahan berupa ular tu, pastu terkeluar dari sempadan prasasti ke ape tu, terus jadi batu... kesian dia..huhu..


    5.Saifudin/Laksmana Sunan
    Banyak sangat part menarik tentang Saifudin ni. Tapi yg paling ingat mase dia nk minum dia baca bismillah then gelas tu pecah. Rupanya orang kampung pemakan manusia tu dah masukkan 'sesuatu'... Lepas tu, part yg akhir tu, dia nak sangat pergi jumpa Sang Dewi yg rupa-rupanya adalah Ratna, isteri dia yang dah meninggal tu. Sayang betul dia kat Ratna. Memang cinta sejati la.


    6. Haryani
    Haaa... watak Haryani di abad ni muncul balik. Mase dia pergi muzium, tengok pameran keris Laksmana Sunan. Menangis dia... huhu.. Tapi sikit tu je tentang Haryani ni. Dalam sambungan akan datang nanti mesti meriah balik dengan kemunculan watak Haryani dan Ratna ni semula. So, tunggu je la k.


    Itu aje la part2 menarik yg berjaya diingat. Ni kalau ambil SPM lagi, layak tak dapat A1 untuk paper BM ni hehehe. Tapi senang kot nak score kalu cite ni jadi buku sastera SPM. Latar tempat banyak, latar masa pun banyak. Sinopsis la kot susah sikit nak buat. hehe.
    ok, itu aje la. Babai....